Proton Exora 2019 - harga turun, pakej dipertingkat! (bermula dari RM59,800)

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah selesai melancarkan versi facelift bagi Proton Iriz dan Persona, kini tiba giliran Proton Exora pula untuk menampilkan pakej tersendiri. 

Walaupun secara realitinya, model ini sudah agak berusia (10 tahun), ia masih lagi mampu menawarkan pakej keselesaan yang setanding dengan MPV-MPV lain di dalam pasaran, dengan harga yang lebih kompetitif dan pakej yang lebih bernilai.

Untuk versi 2019, Proton telah menetapkan harga jualan bermula dari RM59,800 (varian Executive) sehinggalah kepada RM66,800 (varian Premium). 

 

Apa yang berubah? 


Dari segi luaran, tidak banyak perubahan yang dibawakan melainkan penggunaan bumbung warna gelap, tambahan warna baharu rosewood maroon (yang ada pada Persona 2019) serta antena sirip jerung.

Kemasan kabin juga turut dipertingkat, menjadikan suasana tampak lebih segar, dan tidak mengingatkan bahawa ini sebuah model yang sudah berusia 10 tahun.
 


Perubahan ini boleh dilihat pada trim pintu yang didatangkan dengan corak geometri. 

Upholsteri separa kulit juga turut menghiasi tempat duduk, dengan rekaan yang serba baharu. 

Cermin pandang belakang tanpa bingkai juga turut didatangkan sekali.
 


Sistem infotainmen pintar yang diinspirasikan daripada GKUI lengkap dengan sambungan internet berkelajuan tinggi 4G, terima kasih kepada kad eSIM terbina dalam.

Anda boleh mengakses kandungan muzik dalam talian, sistem navigasi serta paparan cuaca dengan hanya satu sentuhan sahaja.

Exora kini sebuah MPV tempatan yang mampu bercakap dan untuk memulakan perbualan, anda hanya perlu melontarkan arahan suara "Hi Proton!"
 

 

Sebelum penulis terlupa, paparan meter kluster juga turut diberikan nafas baharu, sama seperti apa yang didatangkan pada Proton Iriz dan Persona 2019.

Ia tampak lebih kemas, lebih matang dan lebih moden, senang untuk dibaca dan kurang penggunaan warna-warna yang mengganggu. 

Setidaknya, ia berjaya memperdayakan kita daripada terus mengingati usia model ini, tidak begitu?

 

baby shark do do do do


Harganya juga lebih rendah, di mana Exora Executive lebih murah RM2,208 manakala Exora Premium pula turun harga RM2,547 berbanding model terdahulu.

Tidak cukup dengan itu, Proton turut memberikan pakej dengan nilai tambahan kepada para pembeli Exora seperti:

Standard

  • Pakej servis tiga kali tanpa kos buruh
  • Pakej Data 1GB/bulan selama lima tahun percuma
  • Pakej kadar faedah 2.76%
  • Pakej perlindungan insurans
     


Nilai Tambahan

  • Pakej servis lima tahun atau 11 kali tanpa kos buruh (pendaftaran 2019)
  • Cukai jalan percuma selama dua tahun (1,000 pelanggan pertama)

Dengan adanya pakej di atas, Exora Executive memberikan nilai tambahan sebanyak RM4,233 manakala Exora Premium pula sehingga RM5,652, jika dibandingkan dengan model terdahulu.
 

 

Apa yang tidak?


Untuk anda yang menantikan wow factor daripada luaran, usah teruja kerana ia sama sahaja seperti model terdahulu. 

Rekaan gril infinite weave yang ada pada Persona, Iriz dan X70 tidak didatangkan pada Exora 2019.
 


Enjin asal CFE 1.6 Turbo masih dikekalkan, dengan kuasa 138 hp dan 205 Nm daya kilas digandingkan dengan transmisi CVT. 

Ciri keselamatan seperti beg udara (2 unit), kawalan kestabilan elektronik (ESC), brek cakera keliling, brek anti-kunci, agihan brek elektronik (EBD) didatangkan sebagai ciri standard. 
 


Kabin Exora masih mampu memuatkan tujuh orang dengan selesa, sesuai dengan peranannya sebagai sebuah MPV tujuh tempat duduk. 

Pada pendapat kami, ini mungkin merupakan kemas kini terakhir sebagai penutup buat Proton Exora sebelum ia digantikan dengan model yang lebih moden dan canggih daripada Geely, iaitu Geely Jiaji. 
 

warna baharu, rosewood maroon


Difahamkan, pengganti ini hanya akan diperkenalkan selepas Proton selesai memperkenalkan SUV X70 versi CKD serta pengenalan sebuah lagi pendatang baharu bagi merebut persaingan di dalam crossover segmen B, Proton X50.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini, hantaran seorang pengguna Facebook dari Thailand telah menunjukkan salah satu contoh…
Berita Domestik
  Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki tempatan itu telah memujuk, merayu dan menawarkan…
Berita Domestik
  Sebelum tidak sedarkan diri, Nor Wahid memanggil isterinya berusia 46 tahun yang berada di…