Proton e.MAS 7 bakal mula kembara seluruh negara

oleh Firdaus Razani|
PROTON baru-baru ini meraikan pencapaian penting di Centre of Execellence (COE), dengan pelancaran rasmi Jelajah Proton e.MAS 7.

Acara bersejarah ini menyaksikan penyerahan baton daripada Jelajah Dunia Geely E5 kepada Proton e.MAS 7 yang akan memulakan babak baharu yang penuh dengan inovasi dan eksplorasi di seluruh Malaysia.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Sebagai jenama EV pertama negara adalah wajar bagi Proton e.MAS untuk menjadi yang pertama mengadakan jelajah di seluruh negara dengan hanya menaiki kenderaan EV.

Jelajah Proton e.MAS 7 ini bertujuan untuk berinteraksi dengan rakyat Malaysia serta memberikan mereka peluang pandang pertama untuk mengalami sendiri kenderaan ini yang akan menempuh lebih daripada 2,000km merentasi pelbagai jenis laluan dan landskap, dari jalan pantai sehingga ke kawasan pergunungan sambil mempamerkan prestasinya.

 

proton

 

Jelajah Proton e.MAS 7 akan bermula pada 5 Oktober 2024, mengembara ke setiap negeri di dalam Malaysia.

Bermula dengan Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor pada peringkat pertama, kemudian bergerak ke Pahang, Terengganu, dan Kelantan, diikuti oleh Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis.

Jelajah ini akan diteruskan melalui KL dan Selangor sebelum menuju ke Malaysia Timur, bermula di Sabah dan berakhir di Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, “Matlamat kami adalah untuk memberikan rakyat Malaysia pengalaman yang menarik tentang bagaimana kenderaan ini mengharungi keadaan jalan dan iklim unik di negara kita.

“Jelajah ini bukan sahaja akan meraikan komuniti kita yang berwarna-warni ini tetapi juga memupuk hubungan yang erat dengan para pelanggan kami,” tambahnya.

Sebelum jelajah ini bermula, orang ramai berpeluang untuk melihat Proton e.MAS 7 dan pasukan PRO-NET beraksi di lokasi utama di Putrajaya pada 25 September dan Shah Alam pada 26 September.

 

proton

 

Tambahan itu, sebelum ini Geely E5 telah berjaya mengharungi perjalanan sejauh 3,700km dari Tanah Besar China ke Malaysia dan turut menghadapi situasi mencabar akibat Taufan Yagi.

Sebagai model kembar Proton e.MAS 7, Geely E5 berjaya mengharungi air banjir dan pelbagai keadaan jalan tanpa sebarang insiden, menguatkan lagi kebolehpercayaan teknologinya.

“Ketahanan, kebolehpercayaan, dan kualiti Galaxy E5 mempamerkan keunggulan kejuruteraannya di sebalik Proton e.MAS 7 dimana menunjukkan bagaimana ia akan menjadi pengubah permainan untuk pasaran kita,” tambah Zhang Qiang.

Strategi PROTON dalam memperluas penerimaan EV dan ekosistem tempatan merangkumi kerjasama strategik dan perkongsian ilmu pengetahuan dalam menangani kebimbangan yang berkaitan dengan segmen ini.

Selain itu, usaha sama syarikat Geely telah membolehkan Proton e.MAS 7 dibangunkan secara serentak dengan Geely E5 yang dilengkapi dengan teknologi terbaik dunia, menjadikannya penyelesaian mobiliti lestari yang disesuaikan khusus untuk rakyat Malaysia.

Berdasarkan ketahanan dan kebolehpercayaan yang ditunjukkan oleh Geely E5 semasa perjalanan 3,700km dari China ke Malaysia, Proton e.MAS 7 direka untuk berfungsi dengan baik dalam apa jua keadaan dari mengharungi cuaca yang mencabar sehingga mempamerkan keunggulan kejuruteraannya.

Proton e.MAS 7 telah bersedia untuk memberikan impak yang berkekalan.