Proton e.MAS 7 bakal buat penampilan di perarakan Hari Kebangsaan

oleh Firdaus Razani|
Model kenderaan elektrik nasional pertama Malaysia, PROTON e.MAS 7 bakal membuat penampilan awam pertama di perarakan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67 pada 31 Ogos 2024 ini.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

EV PROTON e.MAS 7 akan muncul dengan motif penyamaran khas mewakili warna Jalur Gemilang, sebagai sebahagian daripada kontinjen 25 kereta yang menampilkan pelbagai model Proton.

 

PROTON e.MAS 7

 

Perarakan Hari Kebangsaan adalah peluang keemasan untuk syarikat mempamerkan kemajuan yang telah dicapai sepanjang empat dekad.

Barisan 25 kereta syarikat akan merangkumi pelbagai model, bermula dari Proton Saga asal hingga Proton X70 2025, yang telah dilancarkan hanya dua minggu lalu.

 

PROTON X70 2025

 

Selain penampilannya di perarakan, aktiviti pengujian dan penyesuaian iklim untuk PROTON e.MAS 7 telah semakin giat dijalankan selepas debut medianya.

Kereta ujian yang disamarkan sering kali dilihat oleh orang ramai kerana program pengujian ketahanan, pengecasan, pemanduan, dan perisian terus dijalankan untuk memastikan EV nasional pertama Malaysia memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan masa depannya.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata “Kami telah mengambil keputusan untuk menyertakan PROTON e.MAS 7 dalam barisan perarakan kami walaupun ia belum dilancarkan, untuk membolehkan orang awam melihat model EV pertama syarikat dengan lebih dekat.

“Oleh kerana model ini bukan kenderaan pengeluaran akhir, ia akan dipamerkan dengan menggunakan motif penyamaran, tetapi dalam semangat Hari Kebangsaan, kami telah memilih warna-warna yang mewakili bendera Malaysia," tambahnya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Proton e.MAS 7 dipamerkan dalam corak pelekat pembalut kereta khas yang diinspirasi daripada warna…
Model Terbaharu
eMAS 7 diperkenalkan sebagai sebuah SUV EV yang diletakkan dalam kumpulan segmen-C dan ia…