Proton Edar kini pengimport, penjual smart di Malaysia, Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Proton baru-baru ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan pengeluar smart Automobile Company.

Menerusi kerjasama ini, Proton Edar dilantik sebagai pengimport, pengedar dan wakil jualan smart di Malaysia dan Thailand, sementara smart Automobile (Nanning) Sales Co Ltd akan memainkan peranan sebagai pintu masuk untuk smart ke rantau ini.
 

proton smart


Menurut Dato' Sri Syed Faisal Albar selaku Pengerusi Proton berkata, "perjanjian dengan smart ini membolehkan kami menimba pengalaman dalam penjualan, perkhidmatan dan pengecasan NEV, serta membina kemahiran yang diperlukan dalam menguasai sektor yang sedang berkembang pesat ini.

Menerusi Proton Edar, smart akan membina rangkaian jualan dan perkhidmatan pelbagai peringkat di Malaysia dan juga Thailand, selain membangunkan pusat pengalaman jenama dan lokasi yang menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan.
 

EV


Majlis tandatangan Memorandum Perjanjian ini diadakan secara maya dengan Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, dan Ulf Nestler, Naib Presiden Kewangan, smart Automobile sebagai wakil untuk syarikat masing-masing. Majlis itu juga disaksikan oleh Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi PROTON, Tong Xiangbei, Ketua Pegawai Eksekutif, smart Automobiles dan Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.
 

smart


Dalam masa yang sama, Proton turut menyertakan beberapa gambar smart Concept #1, crossover elektrik pertama yang dihasilkan semenjak pengeluar smart mengumumkan untuk tidak menawarkan enjin pembakaran dalaman pada tahun 2019.

Dari segi dimensi, Smart Concept #1 ini membawakan ukuran sepanjang 4,290 mm, lebar 1,910 mm, dan tinggi 1,698 mm dengan menggunakan platform daripada Geely.

Baca: smart Concept #1

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan beberapa laporan, smart #1 versi pantas itu bakal mendapat talaan rasmi daripada Brabus…
Berita Global
Model #1 juga merupakan model pertama smart yang dilancarkan sejak Geely menguasai 50 peratus…
Berita Global
  Selepas pengenalan, pengguna yang berminat boleh menggambarkan bagaimana smart #1 berada di…