Proton DX dilancarkan - pusat pengalaman digital automotif pertama oleh ACO Tech dan Proton

oleh Danial Yasin Suhaimi|
ACO Tech, sebuah syarikat di bawah kumpulan Proton hari ini telah melancarkan PROTON Digital Experience (PROTON DX), sebuah pusat pengalaman digital automotif pertama di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terletak di Quill City Mall, PROTON DX merupakan pusat untuk peminat kereta dan teknologi yang ingin menyaksikan inovasi terbaharu dalam industri automotif.

 

2

 

Ia juga bertujuan menjadi platform bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), untuk mencetus minat terhadap bidang tersebut dalam kalangan generasi muda.

Menampilkan ruang dengan keluasan 5,275 kaki persegi, PROTON DX menjadi lokasi yang menggabungkan elemen teknologi interaktif, rekreasi dan gaya hidup untuk mencipta satu pusat pengalaman yang unik, menampilkan enam zon menarik.

 

3

 

Tumpuan utama PROTON DX ialah Kokpit Virtual, dimana pengunjung boleh menikmati pemanduan maya dalam sebuah ruang seakan teater tertutup, untuk mengalami mobiliti pintar.

Selain mempamerkan teknologi-teknologi automotif dalam pasaran, Kokpit Virtual itu juga berfungsi sebagai platform pengalaman konseptual yang menggabungkan inovasi mobiliti masa depan.

 

4

 

Tarikan PROTON DX diteruskan ke Zon Aktiviti, satu ruang interaktif dimana pengunjung boleh menikmati permainan pengesan pergerakan secara individu atau bersama keluarga dan rakan-rakan.

Zon Aktiviti juga boleh diguna sebagai ruang acara kolaboratif, selaras dengan slogan “Let’s Shape theFuture of Mobility”.

 

5

 

Selepas mengalami pemanduan maya dan permainan pengesan pergerakan, pengunjung juga merasai pengalaman di Aico Cafe, ruang yang dikhaskan untuk pengunjung berehat dan menikmati minuman dan makanan kegemaran mereka.

Kafe tersebut direka untuk menjadi lokasi ideal yang menempatkan pertemuan sosial untuk pemilik Proton dan komuniti-komuniti seumpamanya.

 

6

 

Meningkatkan lagi pengalaman pusat digital itu, pengunjung juga boleh membeli pelbagai barangan cenderahati di Zon Gaya Hidup, yang menampilkan pakaian aktif unik dan barangan gaya hidup hasil kolaborasi  antara PROTON DX dan Joma.

Kolaborasi ini melambangkan komponen gaya hidup ekosistem mobiliti yang lebih besar, jalinan antara kenderaan yang terhubung dan peranti yang boleh dipakai.

 

7

 

ACO Tech kini juga membolehkan peminat permotoran untuk membeli produk terpilih yang tersedia pada aplikasi mudah alih ATLAS Auto, dimana pelanggan yang ingin merasai pengalaman produk juga boleh melihatnya di bahagian ATLAS Mall.

Meningkatkan lagi keterujaan pelanggan, PROTON DX juga mempunyai perkhidmatan penghantaran kereta khas dengan adanya ruang Delivery Bay kepada pelanggan istimewa Proton yang menerima kenderaan baharu mereka.

 

6

 

PROTON DX kini dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam, terletak di Tingkat Bawah (Ground Floor), Quill City Mall, 1018, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Pusat digital automotif itu terbuka kepada orang ramai tanpa sebarang bayaran, dan sebarang jenis transaksi di PROTON DX hanya akan dilakukan secara nirtunai.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan pusat R&D PROTON (China) di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…