PROTON COMMERCE SASAR CAPAI PRESTASI LEBIH TINGGI PADA 2024

oleh Firdaus Razani|
Proton Commerce Sdn Bhd, cabang pembiayaan PROTON, menyasarkan untuk meningkatkan jualan pengeluaran pinjaman lebih tinggi pada 2024, selepas mencapai rekod pembiayaan paling tinggi tahun lalu manfaat dari lonjakkan jualan PROTON tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan kerjasama antara Proton Edar dan CIMB, Proton Commerce menyediakan penyelesaian pembiayaan untuk pembeli kenderaan Proton dan sejak lima tahun lalu, prestasi Syarikat mencerminkan trajektori peningkatan jualan PROTON.

Oleh itu, Proton Commerce menyasarkan untuk mencapai prestasi lebih tinggi pada 2024 kerana ia berusaha untuk menjadi pembiaya nombor satu kenderaan Proton.

Sepanjang tahun 2023, Proton Commerce mengeluarkan sejumlah 27,288 pinjaman kepada pembeli Proton dan merupakan yang tertinggi sejak penubuhannya.

Lebih 2,000 pengeluaran tercapai untuk lapan daripada dua belas bulan tahun lalu dan pada bulan Mac merekodkan jumlah tertinggi iaitu 2,934 kerana menghantar tempahan yang dibuat dalam tempoh insentif PENJANA.

 

proton

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Commerce, Mooi Fi Phang, landskap perniagaan pembiayaan Proton telah menunjukkan peningkatan trajektori yang stabil dan beransur-ansur meningkat daripada 9 peratus pada tahun 2018 kepada 18 peratus menjelang akhir tahun 2023.

Model Proton Saga menjadi salah satu faktor pencapaian Proton Commerce sejak suku keempat tahun 2021 dan tahun lalu menyaksikan 61 peratus daripada jumlah pengeluaran pinjaman adalah untuk model tersebut.

 

proton

 

Pada tahun 2024, Proton Commerce telah bersedia untuk peningkatan perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi, memanfaatkan rangkaian model Proton sedia ada dan jangkaan permintaan tinggi untuk Proton S70 baharu.

“Proton Commerce berhasrat untuk naik ke kedudukan pembiaya Proton terulung. Di samping menjaminkan kadar faedah yang ditawarkan pada masa kelulusan.

“Kami juga akan menawarkan pakej kewangan yang kompetitif untuk model terbaharu Proton seperti X90 dan S70 sambil juga menghubungi pelanggan EV yang berminat untuk membeli smart #1.” kata Mooi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain jualan kereta, salah satu anak syarikatnya, Proton Commerce Sdn Bhd (Proton Commerce) yang…