Proton cecah angka jualan melebihi 100 ribu unit untuk 2023, 13,955 unit terjual pada bulan Ogos

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Tahun 2023 terus menjadi satu lagi kejayaan buat Proton apabila terus mencatatkan peningkatan jualan, di mana jumlah jualan kini telah melebihi 100,000 unit pada bulan Ogos.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia menyaksikan pencapaian lima tahun berturut-turut setelah jumlah jualan melepasi tahap itu pada bulan Ogos, sebulan lebih awal daripada tahun 2022.

Dengan 13,955 unit (domestik + eksport) jualan pada bulan Ogos, jualan tahun sehingga kini (YTD) untuk 2023 kini berjumlah 104,602 unit, penambahan 17,121 unit bersamaan kenaikan 19.6 peratus  berbanding jumlah dicatatkan untuk lapan bulan pertama tahun lepas.

 

2

 

Dengan jumlah volum industri (TIV) yang dianggarkan sebanyak 74,200 unit, pegangan pasaran Proton diramalkan pada 18.8 peratus untuk bulan Ogos, dengan angka pegangan pasaran YTD sebanyak 20.8 peratus.

Pertumbuhan volum Proton bagaimanapun kekal mendahului TIV, yang kini dianggarkan sebanyak 12.2 peratus untuk 2023.

Angka jualan Proton terus dibantu oleh empat model yang kekal menerajui dalam segmen masing-masing, di mana Proton X90 yang tiga bulan dilancarkan terus menjadi pendahulu SUV segmen D dengan 719 unit terjual pada bulan Ogos.

 

3

 

Proton X50 turut menjadi pendahulu SUV segmen B dengan 2,558 unit terjual pada bulan Ogos, menyumbang kepada angka YTD sebanyak 22,750 unit.

Untuk model tertuanya, Proton Exora turut kekal relevan sebagai pendahulu bagi MPV segmen C dengan mencatat angka jualan sebanyak 409 unit pada bulan Ogos.

Bagi sedan Segmen B iaitu Proton Persona, walaupun berada di kedudukan ketiga segmennya, ia tetap mencatat angka jualan lebih 2,000 unit untuk kali keenam bagi tahun 2023 dengan 2,028 unit terjual pada bulan Ogos, dan kekal sebagai segmen B terlaris.

 

4

 

Seperti biasa, model paling laris dan mampu milik, Proton Saga kekal sebagai model terlaris Proton, di mana ia mencapai angka bulanan tertinggi bagi tahun 2023 dengan 6,585 unit terjual.

Untuk wakil hatchback sulungnya, Proton Iriz turut mencatat sedikit peningkatan dengan 654 unit terjual dan model SUV pertamanya, X70 dengan 1,002 unit terjual pada bulan Ogos.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…