Proton catat peningkatan jualan 35 peratus Mei 2023, Saga kekal model paling laku

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang bulan Mei 2023, Proton berjaya meningkatkan angka jualan kepada 13,268 unit, atau peningkata sebanyak 35.5 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ini bermakna, Proton telah berjaya pulih semula daripada permulaan yang perlahan pada suku kedua tahun 2023, disebabkan pasaran automotif Malaysia yang terjejas akibat cuti perayaan serta penamatan penghantaran kereta bebas cukai pada bulan Mac.
 

X90


Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, Proton telah berjaya menjual sebanyak 62,970 unit kenderaan, atau peningkatan 38.9 peratus, pertumbuhan tertinggi dicatatkan bagi mana-mana jenama automotif di Malaysia.

Secara keseluruhan, Proton Saga kekal sebagai model yang paling laris dengan jumlah jualan sebanyak 5,819 unit, diikuti dengan Proton X50 (2,801 unit), Proton Persona (2,290 unit), Proton X70 (929 unit), Proton Iriz (732 unit), Proton Exora (440 unit) dan Proton X90 (257 unit).

Selain itu, Proton juga telah menembusi pasaran eksport baharu pada bulan Mei dengan menawarkan dua model iaitu X70 dan X50 di Mozambique pada 24 Mei yang lalu.
 

X50


Bulan Mei juga merupakan bulan terbaik untuk jualan eksport setakat ini, dengan 217 unit telah dihantar kepada pengedar antarabangsa yang didahului oleh Proton Saga.

Di Brunei, Proton telah berjaya mencapai angka jualan 50 unit, angka jualan terbaik yang pernah direkodkan berbanding 43 unit yang dicapai pada bulan April 2021.  

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, “Bulan Mei tidak dapat dilupakan oleh Proton bukan sahaja dari segi pencapaian jualan, tetapi juga disebabkan oleh pelancaran model baharu Proton X90 dan meraikan ulang tahun yang ke-40 dalam bulan yang sama.
 

X90


Beliau menyifatkan permintaan terhadap model terbaharu adalah kukuh kerana pelanggan mahu memanfaatkan pakej terawal yang menawarkan aksesori, Proton X-Watch, pakej data 4GB percuma selama lima tahun, dan faedah insurans yang dipertingkatkan.

“Kami akan mengadakan lebih banyak pelancaran produk baharu dan memperkenalkan kemaskini tehradap model sedia ada, selain membuat penampilan pertama dalam pasaran EV menerusi anak syarikat kami Pro-NET untuk tahun ini,” jelasnya lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata,…
Berita Global
Rancangan pengeluaran adalah sebanyak 16,000 unit sehingga tahun 2026 dengan anggaran nilai RM570…
Berita Domestik
Proton kekal di tangga kedua paling popular dalam kedudukan jualan automotif negara dengan unjuran…