Proton catat 50.9% peningkatan jualan suku pertama 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Jenama pengeluar kereta nasional, Proton baru-baru ini umumkan angka jualan bagi suku pertama tahun 2023 telah meningkat sebanyak 50.9% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk bulan Mac, 14,573 unit telah terjual (domestik dan export), dimana ia telah mencatatkan peningkatan sebanyak 3.8% berbanding bulan Februari, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 40,287 terjual untuk suku pertama tahun 2023.

 

2

 

Bahagian pasaran syarikat Proton dianggarkan 18.7%, membolehkan ia mengekalkan tempat kedua dalam kedudukan jadual jualan, manakala bagi suku tersebut, bahagian pasaran dianggarkan 21.2%.

Ia membolehkan Proton memperoleh keuntungan terbesar dari segi bahagian pasaran apabila angka itu meningkat sebanyak 4.5% berbanding S1 2022.

Jualan kereta pada bulan Mac mencapai rekod tertinggi baharu kerana Jumlah Volume Industri (TIV) dianggarkan berjumlah 78,000 unit, mengatasi sebelumnya tertinggi sebanyak 76,657 unit yang ditetapkan pada Disember 2022.

 

3

 

Suku pertama tahun 2023 terus cemerlang melalui 3 model Proton yang mendahului dalam segmen masing, dimana Proton Persona kekal sebagai sedan segmen B paling laku.

2,421 unit Persona telah terjual pada bulan Mac dan 6,773 unit terjual sepanjang suku pertama tahun ini, memberikan peningkatan sebanyak 79.2%.

 

4

 

Proton X50 turut kekal menjadi pendahulu sebagai SUV segmen B semenjak pelancarannya, dimana 3,414 unit terjual pada bulan Mac dan 9,668 unit terjual sepanjang suku pertama tahun ini.

Manakala model Proton baling lama dalam barisannya, Proton Exora turut kekal relevan sebagai pendahulu MPV segmen C dengan 426 unit terjual pada bulan Mac.

 

5

 

Proton Saga kekal sebagai model Proton paling laku dengan mencapai angka jualan melebih 6 ribu untuk 2 bulan berturut-turut, dimana bulan Mac menyaksikan 6,313 terjual dan 14,446 terjual sepanjang suku pertama.

Akhir sekali, model lainnya iaitu Proton Iriz dan Proton X70, masing-masing mencatatkan jualan sebanyak 712 unit dan 1,271 unit.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…