Proton capai 10,380 unit jualan pada bulan September, Saga dan X50 paling laris!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif negara Proton berjaya mencapai angka jualan melepasi 10,000 unit bagi bulan pertama selepas pelaksanaan PKP dilonggarkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam tempoh tersebut, sebanyak 10,380 unit kenderaan Proton telah berjaya dijual, sekaligus mengekalkan kedudukan di tempat kedua.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,907 unit Proton Saga telah berjaya dijual pada bulan lalu, menjadikannya model yang paling popular, diikuti dengan Proton X50 sebanyak 2,431 unit.

SUV kedua terlaris, Proton X70 berjaya mencapai angka jualan sebanyak 1,577 unit sementara sedan segmen B Proton Persona pula berjaya dijual sebanyak 1,440 unit untuk tempoh yang sama.
 

Persona


Dalam pada itu juga, Proton juga telah menyerahkan sebanyak 749 unit Proton Iriz dan Iriz Active kepada para pelanggannya, dan tidak ketinggalan Proton Exora sebanyak 272 unit.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah menjelaskan, "Kami amat berpuas hati dengan pencapaian Proton pada bulan September. Sebenarnya kami mampu untuk menjual lebih daripada angka yang dicapai, namun konteks harus diberikan kepada prestasi kami kerana Malaysia masih dalam proses pemulihan pandemik yang masih lagi memberikan kesan kepada pembekal-pembekal industri automotif.

"Situasi bertambah baik, tetapi kekurangan bekalan cip dan komponen lain adalah isu yang tidak akan selesai dalam masa singkat, jadi kami harus berhati-hati membuat anggaran jualan kerana kapasiti produksi tertakluk kepada perubahan semasa.

Selain daripada itu, Proton juga telah memulakan kembali operasi semua rangkaian pusat jualan dan pusat servis Proton di seluruh negara, namun dengan pemantauan SOP yang ketat.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…