'Proton bukan kereta nasional' - ADUN Manjoi

oleh Mohamad Hanif|
Gara-gara tindakan pembangkang mempersoalkan kerajaan negeri membeli 16 buah kereta Toyota Camry bagi kegunaan Exco, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Asmuni Awi memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa Proton bukan lagi kereta nasional negara sebaliknya milikan asing.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ekoran itu, Datuk Abd. Manap Hashim (BN-Pengkalan Baharu) yang bangun mencelah telah mempertikaikan kenyataan Asmuni itu sambil mempersoalkan peratusan saham pemilikan asing dalam Proton.

Malah, Abdul Manap juga meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi itu memperbetulkan semula kenyataan tersebut.

“Mana boleh cakap Proton bukan kereta nasional. China miliki berapa peratus dalam Proton? Jika Proton bukan kereta Malaysia, saya mahu tahu berapa peratus yang China miliki?.

“Betulkan semula peratusan yang dimiliki China, dakwaan itu tidak betul dan menyeleweng sedangkan mereka miliki 49.9 peratus sahaja,” katanya ketika sesi soalan lisan pada Sidang DUN Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Asmuni sebelum itu menjawab soalan tambahan Ahmad Saidi Mohamad Daud (BN-Changkat Jering) yang mempersoalkan tindakan kerajaan negeri membeli 16 buah kereta Toyota Camry bagi kegunaan Exco sedangkan negara mempunyai kereta keluaran tempatan.
 


Menurut Asmuni, sama seperti Toyota Camry, taraf kereta keluaran Proton juga serupa apabila bukan lagi berstatus kereta nasional.

“Soalan ini selalu ditanya mengapa kita tidak membeli kereta Proton kerana ia kereta nasional sedangkan kereta keluaran Proton pun bukan Malaysia punya, China yang punya begitu juga Camry, orang luar punya.

“Pembelian kereta Toyota Camry ini pun kita melihat kepada beberapa aspek termasuk keselamatan dan kos sebagai perbandingan dengan jenama lain,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan dari Bernama, usaha itu dilihat selari dengan hasrat kerajaan menerusi Kementerian…