Proton buka pusat alat ganti serantau di Sarawak

oleh Mohamad Hanif|
Proton bakal membuka Pusat Alat Ganti Serantau (RPC) di Kuching, Sarawak bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di Malaysia Timur.

Fasiliti seluas 28,000 kaki persegi itu mempunyai kapasiti penyimpanan tiga kali ganda lebih besar berbanding stor terdahulu, dan bakal berfungsi sebagai pusat pengedaran alat ganti untuk Sabah dan Sarawak.

RPC baharu ini juga boleh menyimpan sehingga enam kontena muatan yang membolehkan mereka menerima tempahan berbilang secara serentak, selain dapat mengendalikan peningkatan daya pengeluaran, dan mengurangkan tempoh menunggu untuk memproses dan menghantar pesanan ke pusat servis.
 

RPC


Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, "sebagai tambahan kepada tiga bulan stok yang dipegang di RPC, pengedar Proton juga dikehendaki mempunyai simpanan stok selama tiga bulan.

"Ini merupakan contoh usaha Proton untuk terus menambah baik perkhidmatan selepas jualan bagi memberikan tahap kepuasan pelanggan yang tertinggi.

Semenjak pengenalan model SUV Proton X70 pada Disember 2018, jumlah jualan Proton di Malaysia Timur meningkat secara progresif.
 

RPC


Jumlah jualan di rantau ini meningkat sebanyak 120 peratus dari tahun 2018 hingga 2021, dan Proton menjangkakan pertumbuhan sebanyak 20 peratus untuk jualan tahun-ke-tahun.

Sehingga akhir bulan Oktober, Proton telah menyerahkan sebanyak 115,366 unit kenderaan, atau peningkatan sebanyak 33.6 peratus untuk tempoh sepuluh bulan pertama tahun ini.

Proton Saga kekal menjadi model yang paling popular di Malaysia Timur, diikuti dengan Proton X50.

"Tahun lepas, kami menjual 8,692 unit Proton Saga dan 2,934 unit Proton X50 dan berdasarkan trend tempahan semasa, kami meramalkan jualan masing-masing akan melebihi 10,000 dan 4,200 unit,” katanya lagi.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua pihak akan memegang kepentingan sebanyak 50-50, di mana syarikat baharu itu akan…
Berita Domestik
  Pelan hala tuju EV Proton telah bermula semenjak 10 tahun lepas tetapi ia terbantut disebabkan…
Berita Domestik
  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata, di bawah program ini, bahagian…