Proton buka Pusat Alat Ganti Serantau di Kuching

oleh Penyumbang Rencana|
Pengeluar kereta nasional Proton, membuka Pusat Alat Ganti Serantaunya di Kuching, Sarawak, sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk meningkatkan perkhidmatan selepas jualan di Malaysia Timur.


Pembukaan pusat kemudahan itu dijangka boleh mengurangkan masa penghantaran alat ganti sekurang-kurangnya 30 peratus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata, Pusat Alat Ganti Serantau baharu itu terletak di kawasan perindustrian Bintawa dengan keluasan 28,000 kaki persegi.

 

sarawak

 

Beliau berkata, ia boleh menerima enam kontena berisi alat ganti di lokasi itu secara serentak dan mampu menerima penghantaran terus dari luar negara.

 

"Dengan peningkatan permintaan pelanggan sejak empat tahun lalu, kemudahan gudang Proton di Malaysia Timur 'melimpah' dengan alat ganti kerana keterbatasan ruang.

 

"Pusat Alat Ganti Serantau di Kuching adalah tiga kali lebih besar daripada gudang sebelumnya dan akan berfungsi sebagai pusat pengedaran alat ganti untuk bahagian dan komponen selepas jualan untuk Sarawak dan Sabah, jika perlu.

 

"Ruang tambahan itu juga membolehkan Proton meningkatkan penghantaran sebanyak 50 peratus.

 

"Ini membolehkan kami mencapai lebih banyak pengeluaran alat ganti dan buat masa sekarang, kami sedang menyelesaikan tempahan yang tertunggak daripada pengedar dan pelanggan kami," katanya dalam kenyataan.

 

Memenuhi permintaan yang kukuh di Malaysia Timur dengan lebih sasaran pertumbuhan pada 2022, jualan kenderaan Proton di Malaysia Timur menyumbang sebanyak 15 peratus kepada jumlah jualan syarikat, manakala bahagian pasaran berkembang daripada 10 peratus pada 2018 kepada 20 peratus tahun lalu.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…