Proton berjaya menjual 141,432 unit kereta pada tahun 2022

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Jenama automotif nasional, Proton telah berjaya mengakhiri tahun 2022 dengan pertumbuhan jumlah jualan tertinggi semenjak tahun 2013, iaitu sebanyak 141,432 unit terjual pada pasaran domestik dan eksport.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jumlah jualan itu meningkat sebanyak 23.3% berbanding jumlah pada tahun 2021, di samping jumlah jualan untuk pasaran antarabangsa juga meningkat sebanyak 79.1% dengan 5,406 unit terjual.

 

x50

 

Proton telah mengekalkan kedudukannya di tangga kedua dalam industri dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 19.6%, selain jumlah Keseluruhan Volum Industri (TIV) untuk tahun 2022 dianggarkan melebihi 720,000 unit.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, “2022 merupakan satu tahun yang dipenuhi dengan pencapaian dan pelbagai rintangan dihadapi PROTON."

 

x70

 

"Banjir pada penghujung tahun 2021 yang memberi kesan sehingga ke suku pertama menyebabkan kami ketinggalan ke belakang dan kami bekerjasama dengan vendor untuk memulihkan keadaan bekalan alat ganti."

"Syukurlah, jumlah itu dapat dikejar dalam tempoh tiga suku yang seterusnya, tetapi kami yakin kami boleh mencapai lebih banyak dan mencatatkan angka yang lebih baik jika tidak menghadapi permulaan tahun yang mencabarkan."

 

exora

 

"Namun, PROTON kini mempunyai pertumbuhan jualan untuk empat tahun berturut-turut, dan kami berbangga menjadi satu-satunya syarikat automotif di Malaysia yang mencapainya dari tahun 2019 hingga tahun 2022."

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…