Proton kini telah memulakan kempen keselamatan bermula 6 Mei 2017 dengan objektif untuk memberi penekanan terhadap kepentingan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak bagi perlindungan dan keselamatan yang sewajarnya serta ketenangan fikiran ketika memandu.
Selain itu, Proton turut mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang untuk Peraduan Experience the Drive yang berlangsung bermula Mac 2017.
- Proton telah menyerahkan sebanyak tiga buah kerusi kereta kanak-kanak kepada tiga pelanggan terawal, selari dengan promosi perayaan yang kini sedang berlangsung dari 1- 31 Mei 2017.
- Acara tersebut telah berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara, Selangor.
- Pelanggan boleh mendapatkan Kerusi Kereta Kanak-kanak beserta Isofix yang mendapat pengesahan keselamatan (pematuhan ECE R44/04) bernilai RM1,000 pada harga hanya RM299, dengan setiap pembelian kereta Proton.

- Seiring dengan slogan Syarikat iaitu It’s in the Drive, peraduan ini merupakan antara usaha untuk menggalakkan para pelanggan memandu uji kereta-kereta Proton.
- Hadiah bernilai RM7,000 untuk dimenangi setiap bulan, termasuk dua pemenang mingguan bagi kad petrol bernilai RM500 setiap satu dan seorang pemenang bulanan yang akan menerima wang tunai bernilai RM3,000.

- Cara menyertai: Pelanggan hanya perlu membuat temujanji untuk memandu uji kereta Proton melalui aplikasi mudah alih MyProton di lokasi dan masa yang dipilih atau kunjungi mana-mana cawangan Proton atau lokasi siri jelajah Proton yang menawarkan unit pandu uji. Tulis slogan yang kreatif mengenai pengalaman pemanduan tidak melebihi 20 patah perkataan untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah mingguan dan bulanan.
- Senarai pemenang bagi April adalah seperti berikut;
- Pasiman@Clarence Bin Tatu, dari Sabah (pemenang bulanan)
- Shahrizal Bin Shafii, dari Kedah (pemenang mingguan)
- Izyan Nadirah Dzulkifli, dari Selangor (pemenang mingguan)
- Encik Pasiman @ Clarence Bin Tatu akan menerima tunai RM3,000 di cawangan Proton di Sabah manakala pemenang-pemenang mingguan, Encik Shahrizal Bin Shafii dan Puan Izyan Nadirah Dzulkifli, menerima kad petrol bernilai RM500 setiap satu di majlis yang diadakan di The Curve.