Proton bakal lancarkan model baharu untuk kereta segmen C, MPV dan SUV pada tahun hadapan

oleh SALINA JALIL|
Proton Holdings Bhd (Proton) dijangka memperkenalkan beberapa model baharu pada 2020 merangkumi model kenderaan sedan dari pelbagai segmen, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV).


Pengenalan model baharu Proton itu adalah hasil perkongsian strategiknya dengan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Di tahun ini sahaja, Proton  sudah pun memperkenalkan empat model yang dinaik taraf dan syarikat itu berkemungkinan tidak akan memperkenalkan lagi model dinaik taraf tetapi menumpukan kepada pengeluaran model baharu.

 

Salah satunya model terbaharu yang diramalkan adalah Proton X50 yang dijadualkan akan dilancarkan pada pertengahan 2020.

 

Sementara itu, difahamkan model sedan yang akan ditampilkan adalah bagi menggantikan Preve, manakala MPV bakal menggantikan Exora.

 

Perkara ini juga seiring dengan perancangan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) yang bakal memperkenalkan barisan penuh produk baharunya tahun hadapan.

 

Jurucakap Geely yang berpangkalan di China berkata, firma automotif China itu bakal mempunyai barisan produk penuh pada 2020.

 

Beliau berkata, Geely juga komited dalam memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) dan menyasarkan 90 peratus jualan kenderaan EV bermula 2020.

 

 

Geely ingin menjadikan kenderaan EV sebagai kenderaan yang boleh dimiliki semua. Daripada jumlah itu, 65 peratus jualan adalah dari kereta elektrik plug-in hibrid (PHEV) dan kenderaan elektrik hibrid (HEV).

 

“35 peratus saja daripada jualan model EV sepenuhnya. Lantaran itu, bagi menyokong peningkatan jualan EV, Geely memperkenalkan jenama Geometry yang akan mengeluarkan model EV sepenuhnya,” katanya.

 

Malah Proton X70 secara pemasangan tempatan (CKD), kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya bakal diperkenalkan pada separuh pertama 2020 diikuti oleh Proton X50 pada separuh kedua.

 

 

mpv

 

Sumber yang rapat dengan perkara itu pula berkata, sesetengah model kenderaan dan teknologi Geely itu boleh ditemui dalam model Proton dalam masa terdekat dan perkara itu akan diumumkan secara rasmi pada masa akan datang.

 

Beliau berkata, barisan model baharu Geely itu tidak boleh dipasarkan secara terus oleh syarikat itu kerana berdasarkan perjanjian antara Geely dan Proton.

 

“Untuk pasaran pemanduan sebelah kanan, Geely tidak akan bersaing dengan Proton. Itu yang termaktub dalam perjanjian bersama.

 

“Jadi, untuk membolehkan Geely memasuki pasaran Proton atau Malaysia, ia perlu dijenamakan semula seperti yang dilakukan untuk model SUV dari Boyue milik Geely.

 

“Kemungkinan besar model baharu Geely itu kelak akan menjalankan proses yang sama. Penjenamaan semula dan pembangunan berterusan daripada pereka dan jurutera Proton agar sesuai dengan pasaran tempatan. Proton akan mengeluarkan beberapa model baharu yang akan dijenamakan dan diubah suai,” katanya.

 

 

 

 

 

sumber: BH Online

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…