Serentak dengan itu, Proton turut menyiarkan dua keping gambar acah yang memperlihatkan rupa paras Saga 2022 (turut mesra digelar Saga MC2) menerusi hantaran di laman Facebook Proton Cars.
Berdasarkan dokumen yang tertiris tempoh hari, Proton bakal menawarkan Saga dalam empat varian, iaitu 1.3L Standard MT (ya, transmisi manual masih lagi dikekalkan), 1.3L Standard AT, 1.3L Premium AT dan varian baharu 1.3L Premium S AT.
Antara perubahan yang dibawakan termasuklah ciri kawalan kestabilan elektronik (ESC), kawalan cengkaman (TC) dan bantuan mula mendaki (HHA) yang ditawarkan secara standard bermula dari varian 1.3L Standard AT.
Sementara varian 1.3L Premium S AT pula mendapat tambahan ciri seperti kit badan, kombinasi meter baharu, roda stereng dan tempat duduk balutan bahan leatherette, butang pandu mula, sistem kemasukan tanpa kunci, lampu kabin dengan fungsi malap sendiri, serta rim aloi bersaiz 15 inci rekaan baharu.
Nantikan perkembangan lanjut berhubung pelancaran model sedan terlaris Proton ini kelak.