Penemuan ini didapati menerusi laman web Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) seperti yang ditemukan oleh rakan media Funtasticko mendapati terdapat dua nama baharu yang didaftarkan oleh Proton.
Kedua-dua nama itu telah didaftarkan oleh ejen Azmi & Associates di bawah klasifikasi ‘pengiklanan; pengurusan perniagaan; pentadbiran perniagaan; fungsi pejabat; pemasaran media sosial; penyediaan maklumat perniagaan melalui laman sesawang’ bagi pihak Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd, di mana ia telah pun dihantar sejak 5 Oktober 2021.
Desas desus Proton bakal melancarkan SUV baharu diperkuatkan lagi dengan kehadiran model ujian Geely Hao Yue di atas jalan raya Malaysia, di mana ia dikhabarkan bakal menjadi Proton X90 dengan konfigurasi tiga baris tempat duduk.

Untuk Proton X80 pula, besar kemungkinan Proton akan menggunakan asas daripada SUV coupe Geely Xing Yue yang dibangunkan atas pelantar CMA (Compact Modular Architecture).
Baca: Geely Xing Yue (FY11)
Baca: Geely Hao Yue (VX11)
Sumber: Funtasticko