Proton bakal bina kilang CKD di Karachi Pakistan

oleh SALINA JALIL|
Proton Holdings Bhd (Proton) merancang membina kilang pemasangan tempatan (CKD) di Karachi, Pakistan membabitkan pelaburan awal bernilai AS$30 juta (RM124.29 juta), sekali gus mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan bagi tempoh tiga tahun pertama ia beroperasi bermula pada 2021.


Pengerusi ALHAJ Automotive, Al-Haj Shah Jee Gul Afridi yang juga pengedar rasmi Proton di Pakitan, berkata pihaknya turut menjangka lebih 20,000 peluang pekerjaan tidak langsung, terutama dalam sektor automotif akan diwujudkan selepas fasiliti itu siap sepenuhnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“ALHAJ Automotive akan memanfaatkan pengedar sedia ada di seluruh negara itu untuk mula menjual kereta Proton secepat mungkin sementara kami membangunkan cawangan 3S/4S.

 

“Kami akan menghantar unit versi import sepenuhnya (CBU) dari Malaysia sebagai permulaan operasi di Pakistan sebelum memasarkan unit CKD sebaik sahaja kilang pemasangan ini mula beroperasi,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas menyaksikan penyerahan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 yang dihadiahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan di Islamabad, di sini semalam.

 

 

Mewakili Malaysia pada majlis itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Ikram Mohammad Ibrahim serta Pengarah Pelaburan dan Promosi Proton, Khalid Yusof, manakala Kerajaan Pakistan pula diwakili Penasihat Perdana Menteri bagi Perdagangan, Tekstil, Industri, Pengeluaran dan Pelaburan, Abdul Razak Dawood.

 

Proton X70 yang dilancarkan sejak Disember 2018 itu dihadiahkan kepada Imran ketika lawatan Dr Mahathir ke Pakistan bagi menyertai majlis menandatangani plak ketika sambutan Hari Resolusi, Mac lalu.

 

Sementara itu, Khalid berkata, pembinaan kilang pemasangan CKD itu sedang dilaksanakan di Greenfield, Karachi yang akan dimiliki dan dikendalikan ALHAJ Automotive, dengan pelbagai pelan dirancang secara teratur untuk pemasangan beberapa model di negara itu.

 

 

“Proton melihat pelbagai potensi di Pakistan dan kerana Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang mempunyai jenama automotif sendiri, kedua-dua negara dilihat sebagai rakan usaha sama semula jadi yang mempunyai pelbagai kelebihan bersama dan boleh dikongsi antara satu sama lain.

 

“Proton X70 telah memenangi pelbagai anugerah di Malaysia dan kami berharap agar perkara sama dapat dicapai di Pakistan,” katanya.

 

Mengenai potensi perniagaan antara Malaysia - Pakistan pula, Ikram menjelaskan Suruhanjaya Tinggi Malaysia menyokong usaha dilakukan Proton dan ALHAJ Automotive untuk menjual dan memasang kereta Proton di Pakistan selepas ini.

 

“Aktiviti perniagaan seperti ini sekali gus menyumbang ke arah memupuk hubungan ekonomi lebih erat dan kukuh antara kedua-dua negara. Semestinya Malaysia menyambut baik kedatangan Imran di Kuala Lumpur bagi Sidang Kemuncak KL2019 hujung minggu ini,” katanya.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…