Proton Arena GTi untuk dijual di UK, harga cuma RM15k sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Proton Arena.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara model Proton yang sudah pun lama dihentikan produksinya disebabkan oleh kurang permintaan, namun harga jualan di pasaran terpakai yang masih liat untuk turun.

Jika anda mahu mencari unit terpakai yang agak murah, ini merupakan satu berita baik. 
 

Satria


Laman Group Facebook Proton GTi owners UK menyenaraikan iklan Proton Arena 'GTi' berwarna kuning untuk dijual kepada umum.

Menurut pemiliknya Paul Atkinson, beliau mahu menjual trak ute yang lebih dikenali dengan nama Proton Jumbuck itu dengan harga sekitar £2500 sahaja (~RM14,626).
 

Arena


Antara modifikasi yang telah dibuat ialah menggantikan enjin asal dengan nadi Satria GTi 1.8 liter 16 injap (kuasa sekitar 140 hp), diikuti dengan kotak gear juga daripada Satria GTi, kit induksi Pipercross, manifold ekzos Hockley dan sistem ekzos kustom.

Yang paling mencuri tumpuan ialah kit badan Satria GTi yang dipadankan kemas pada Arena ini, diikuti dengan rim aloi Momo bersaiz 15 inci, lampu limpah, cermin dan mud flap gaya WRC, serta cab Truckman di bahagian belakang.
 

Satria


Sistem gantungan depan Arena yang asal telah digantikan dengan suspensi daripada model Evo.

Mahu mencuba nasib? Anda boleh terus menghubungi pemiliknya menerusi pautan INI.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Imej yang dikesan di China ini mengesahkan bahawa Geely sedang menguji trak pikap berkuasa elektrik…
Berita Global
Ketika zaman kegemilangan Proton menjajah pasaran Malaysia suatu ketika dahulu, Proton Wira…
Berita Global
Model-model lama Proton boleh dikatakan menyimpan pelbagai kenangan manis. Nostalgia pemilikan dan…