Proton akan mati jika terima pakatan perdagangan Trans Pasifik - Jomo

oleh HEZERI SAMSURI|
Pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram meminta Putrajaya untuk tidak mengendahkan Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Pakatan Trans Pasifik (CPTPP) agar ia tidak dikuatkuasakan.

Jomo yang berucap kepada media semasa sambutan ulangtahun ke-70 Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), ratifikasi berkaitan pakatan perdagangan itu hanya akan mewujudkan lebih banyak masalah dari kebaikan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jomo menerangkan ada banyak propaganda untuk menerima CTPP yang berdasarkan informasi yang tidak tepat, termasuk cabaran perkembangan ekonomi jika kita tidak menerima pakatan tersebut.

"Benar, kadar eksport akan meningkat sedikit tetapi kadar eksport akan melambung lebih tinggi," terangnya.

Jomo berkata kajian berkaitan implikasi CPTPP kepada imbangan perdagangan peniaga Malaysia membuat anggaran bahawa akan ada lebih banyak kenderaan dari Jepun diimport masuk dan memenuhi pasaran.

"Proton dan Perodua akan ucapkan selamat tinggal," kata Jomo.

Import bahan buangan plastik juga akan bertambah kerana Jepun, Australia dan Singapura ialah tiga sumber terbesar sampah plastik masuk ke Malaysia.

Di bawah pengurusan kerajaan lama, sebanyak 160 lesen pemprosesan sampah pepejal dikeluarkan dan kebanyakan sampah-sampah itu berakhir di tanah pelupusan.

Jomo juga mengingatkan kerajaan bahawa CPTPP membenarkan syarikat asing untuk menyaman kerajaan jika produk mereka diberhentikan jualan di Malaysia.

"Jika kerajaan meratifikasikan CPTPP dan melarang penjualan dua racun rumpai yang boleh menyebabkan kanser, syarikat-syarikat itu boleh menyaman kerajaan," terangnya lagi berkaitan masalah CPTPP.

Pada awal tahun ini, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming berkata Putrajaya masih tidak memutuskan lagi samada mahu menerima CPTPP ataupun tidak.

CPTPP ialah variasi terbaharu perjanjian perdagangan Trans-Pacific Partnership (TPP). CPTPP dianggotai oleh 11 negara - Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

* Laporan asal dari FMT