Proses pendigitalan 1,000 SME menerusi TDP Xpress MARii

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dengan bangganya mengadakan majlis graduasi secara maya bagi sepuluh buah syarikat yang terlibat di dalam Technopreneur Development Programme (TDP) yang dilancarkan tahun lalu
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Majlis tersebut turut diserikan dengan 'kehadiran' Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali memberikan ucapan pembukaan untuk majlis graduasi pada tahun ini.

Menteri Kanan tersebut turut mengumumkan lebih 1,000 perusahaan kecil sederhana (SME) akan dapat memanfaatkan teknologi digital di dalam perniagaan mereka menerusi program baharu Technopreneur Development Programme Xpress (TDP Xpress).

TDP Xpress dibangunkan bagi mempercepatkan implementasi teknologi dan perpindahan perniagaan ke dalam platform dalam talian dalam rangka masa satu bulan demi memenuhi keperluan perniagaan untuk pulih daripada impak ekonomi yang disebabkan oleh COVID-19.

 


TDP dan TDP Xpress dibangunkan dengan kolaborasi Fintech Lab untuk membekalkan pengetahuan dan alat digital yang diperlukan dengan tujuan untuk mewujudkan ekosistem digital, serta keupayaan untuk menyesuaikan diri dan menggunakan teknologi Industri 4.0 ke dalam perniagaan mereka.

Ini bersesuaian dengan norma baharu yang terpaksa dihadapi oleh kebanyakan SME yang terpaksa beralih kepada operasi berasaskan awan dan menerapkan budaya bekerja dari rumah.

Kumpulan pertama yang berjaya menamatkan program TDP selama enam bulan kini dilengkapi dengan pengurusan kedai dalam talian secara komprehensif, terima kasih kepada program yang ditawarkan.

Ini membolehkan kebanyakan syarikat ini memperoleh jualan kolektif sehingga RM250,000 dalam masa enam bulan pertama, dan mencatatkan peningkatan jualan purata sebanyak 20 peratus.

Selain daripada itu, lima syarikat teratas di bawah program TDP ini melaporkan peningkatan jualan purata sebanyak 80 peratus untuk tempoh yang sama, dan sesetengah daripadanya berjaya meluaskan pasaran di luar negara.

 


Menurut Dato' Madani Sahari selaku CEO MARii berkata, "TDP dan TDP Xpress bertindak sebagai satu platform penting buat SME untuk meningkatkan prestasi peniagaan dan kebolehpasaran menerusi platform digital, serta memasukkan keputusan berdasarkan data ke dalam operasi seharian.

"Melihatkan kepada situasi pasca COVID-19, kita boleh menjangkakan peningkatkan terhadap kebergantungan kepada alat digital yang bakal menjadi tunjang utama di dalam perniagaan yang ingin menyertai ekonomi digital," jelas beliau lagi.

Sementara itu, program TDP Xpress pula akan dipercepatkan tempoh pelaksaannya kepada hanyas satu bulan sahaja dan merangkumi tiga tiang utama iaitu Pemasaran Digital, Jualan dan Operasi.

Menurut Abdullah Hidayat Mohamad, Pengarah Urusan Fintech Lab berkata, "program seperti TDP Xpress ini membolehkan SME mengadaptasi teknologi digital dengan lebih cepat untuk membuka pasaran dan saluran pelanggan baharu.

Modul Pemasaran Digital akan merangkumi pelbagai jenis peralatan dalam talian bagi membantu syarikat mewujudkan kehadiran yang kuat di dalam media sosial demi meningkatkan jangkauan pasaran, manakala modul Jualan pula melengkapkan peserta dengan ilmu pengetahuan bagi mengendalian perniagaan dalam talian.

Modul Operasi pula akan memberikan peserta pendekatan yang lebih mendalam terhadap peralatan pengurusan perniagaan dan kewangan, logistik dan proses penghantaran.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah itu, 2,000 permohonan telah diluluskan, sekali gus melayakkan pemohon menerima…
Berita Domestik
Dalam perjanjian tersebut adalah termasuk penerokaan penggunaan penyelesaian blockchain untuk…
Berita Domestik
Skim galakan tersebut pertama kali diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 bagi menggalakkan…