Proses pembuatan semula - Potensi mengekalkan kemampanan disamping mewujudkan peluang baharu

oleh Mohamad Hanif|
Setiap komponen kenderaan mempunyai jangka hayat tersendiri, daripada bulanan hingga puluhan tahun.

Walau bagaimanapun, sesetengah komponen tertentu boleh digunakan semula melalui pelbagai kaedah seperti penggunaan semula, pemulihan, kitar semula dan melalui proses pengilangan semula.

Setiap kaedah yang disebutkan diatas mempunyai satu tujuan yang sama - mengembalikan sesuatu produk kepada fungsi asal seperti sedia kala.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Proses pembuatan semula ini bukan sahaja memulihkan produk kepada fungsi yang asal, bahkan mampu memperbaharui keseluruhan produk dengan piawaian kualiti yang sama sebagai produk baru. 

Ini bukan sahaja merangkumi fungsi produk, tetapi juga pembungkusan dan waranti barangan yang dibuat.


Proses pembuatan semula mengembalikan produk kepada spesifikasi pengilang asal menggunakan kombinasi bahagian yang digunakan semula, diperbaiki dan bahagian yang baru. 

Ia mampu menambah nilai terhadap produk yang telah dibaik pulih dan mempunyai potensi praktikal terhadap proses pembuatan yang lestari kerana ia mengoptimumkan penggunaan tenaga dan bahan mentah, dan meminimumkan penggunaan tapak pelupusan. 

Pelbagai komponen kenderaan boleh diperbuat semula seperti pendingin hawa, brek, dan juga komponen enjin.

Walau bagaimanapun, persoalan sebenar adalah bagaimana proses pembuatan semula ini mampu memberi manfaat kepada pengguna?

 

gambar hiasan


Pertama sekali, harga produk yang diperbuat semula dijangka jauh lebih rendah daripada produk baru. 

Menurut Centre for Remanufacturing and Reuse (CRR), kos menghasilkan produk yang diperbuat semula adalah 60-80% lebih menjimatkan daripada kos berbanding dengan produk baru, oleh kerana penjimatan kos dari proses pemulihan bahan dan kandungan tenaga yang diperlukan pada sesetengah produk. 

Di samping itu, tempoh jaminan yang diberikan kepada produk yang diulang semula adalah sama dengan produk baru yang membawa bermaksud ia mempunyai jangka hayat yang serupa dengan produk baru.

Produk yang diperbuat semula juga tertakluk kepada ketersediaan yang lebih besar dan memerlukan masa yang lebih singkat untuk dihasilkan, membolehkan pengguna terus menggunakan bahagian-bahagian yang mungkin tidak lagi tersedia kerana penghentian pengeluaran.
 

Proses pembuatan semula juga mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, terutamanya dari segi sisa dan penyimpanan. 

Oleh kerana proses pembuatan semula banyak mengekalkan material dalam produk asal, penggunaan tenaga untuk pengeluaran dan bahan mentah juga dikurangkan. Ini amat bermanfaat jika sesuatu produk mengandungi bahan-bahan mentah yang terhad.

 


Inisiatif terbaharu ini adalah kerjasama Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) menerusi pengenalan pelan tindakan penambahbaikan yang bertindak sebagai tambahan kepada Dasar Automotif Kebangsaan 2014 (NAP 2014). 

Pelan tindakan yang digelar Roadmap Remanufacturing Malaysia (MARR), memperincikan kriteria untuk mengolah semula piawaian dan amalan terbaik yang akan diguna pakai oleh pengeluar automotif, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat pengilangan semula automotif di rantau ASEAN. 

Dalam mengambil langkah seterusnya, MAI dan MITI bekerjasama mewujudkan National Remanufacturing Policy (NRP) untuk meningkatkan lagi keupayaan industri dalam mengamalkan piawaian pengilangan semula yang menjanjikan peningkatan peluang perniagaan dan pekerjaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Artikel ini merupakan terjemahan daripada penulisan asal 'REMANUFACTURING – Its Potentials In Enhancing Sustainability, While Creating New Opportunities'

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penjenamaan semula ini bertujuan untuk menjadikan MARii sebagai organisasi strategik dalam usaha…
Berita Domestik
Memorandum perjanjian tersebut telah disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri…
Uncategorized
Anugerah Kereta Tahunan Malaysia Automotive Industry (Car Of The Year MAI) yang bakal berlangsung…