Proses disinfeksi Plaza Tol Ebor (Plaza Masuk) selesai, mula dibuka tengah malam ini

oleh Mohamad Hanif|
Proses disinfeksi, sanitasi dan pembersihan di Plaza Tol Ebor (Plaza Masuk) oleh agensi yang berkaitan telah selesai kira-kira jam 1:30 tengahari tadi setelah seorang kakitangan di plaza tol berkenaan disahkan positif Covid-19 semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walau bagaimanapun, sepertimana yang dimaklumkan, plaza tol tersebut masih ditutup sepenuhnya sehingga tengah malam ini bagi menyusun dan menyediakan semula peralatan operasi untuk persediaan pembukaan tol plaza.

Pengguna dari sekitar Shah Alam, Batu Tiga dan kawasan sekitar yang ingin memasuki lebuhraya ELITE untuk ke KLIA, Putrajaya atau selatan dinasihatkan supaya berbuat demikian menerusi Plaza Tol Shah Alam atau Seafield.

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Temujanji pemeriksaan boleh dilakukan semula apabila PUSPAKOM Teluk Kumbar beroperasi kembali…
Berita Global
  Trak digunakan untuk melaksanakan prosedur berkenaan, selain disertai petugas kesihatan.   "…