Promosi untuk kenderaan Kia, Citroen dan Peugeot sempena CNY 2020

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, Naza Automotive Group menawarkan promosi hebat untuk barisan kenderaan dan motosikal di bawah naungannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, Naza Kia melancarkan kempen 'More Ong, More Huat' di mana ia memberikan peluang kepada mana-mana pemilik Kia untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah Kia Picanto. 

Selain daripada itu, hadiah-hadiah menarik turut menanti seperti lapan baucer petrol bernilai RM1,000 (bulanan) dan kad Touch 'n Go bernilai RM200 (mingguan). 

Sepanjang tempoh dari 7 Januari sehingga 29 Februari, Naza Kia turut menawarkan jaminan sehingga lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had untuk kesemua model Kia yang baharu didaftarkan, termasuklah pakej servis pelincir untuk dua tahun dan akses kepada Sky Lounge. 
 


Sementara itu, Naza Euro Motors memperkenalkan promosi 'Citroen Prosperity Drive sehingga 29 Januari ini di mana pembeli Citroen C3 Aircross SUV (bernilai RM115,888) akan menerima Ang Pau bernilai RM8,888 dan tiga tahun servis percuma. 

Tidak ketinggalan, Nasim Sdn Bhd turut menawarkan servis tiga tahun secara percuma termasuklah kos alat ganti dan buruh kepada setiap kenderaan Peugeot yang didaftarkan sepanjang tempoh yang dinyatakan. 
 
Manakala Naza Motor Trading tampil dengan promosi '888 Prosperity CNY Deals' yang merangkumi pelbagai model menarik seperti Mercedes-Benz CLA 180, Mercedes-Benz C 200, Mercedes-Benz GLA 180, Toyota Vellfire, Toyota Alphard, Toyota Estima dan Toyota Harrier. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Oleh itu, aplikasi perkongsian kereta SOCAR dan jenama saudara mereka TREVO, Pasaran Perkongsian…
Berita Domestik
Promosi tersebut menawarkan pelanggan Goodyear untuk menerima pulangan kredit e-wallet Touch ’n GO…