Promosi ‘The Great British Deal’ dari MINI Malaysia

oleh SALINA JALIL|
MINI, jenama automotif premium kompak di Malaysia menawarkan warga MINIacs sebuah keistimewaan yang berupa tiga manfaat pemilikan serba baharu mulai hari ini sehingga 31 Disember 2019.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia mengulas, “Tahun 2019 menandakan satu lagi pencapaian bagi kami di MINI dalam meraikan ulang tahun yang ke-60.

 

Kami ingin berkongsi semangat perayaan ini bersama warga MINIacs di seluruh Malaysia yang telah menyumbang kepada pertumbuhan jenama kami selama ini. 

 

Untuk membawa pengalaman pemilikan premium yang ditawarkan ke aras baharu, kami memperkenalkan tawaran masa terhad buat pemilik-pemilik baharu kenderaan daripada portfolio MINI.”

 

px1

 

 

Promosi ‘The Great British Deal’ menawarkan ansuran bulanan yang jauh lebih rendah bermula daripada RM2,388 dengan MINI Balloon Financing. 


Kadar faedah yang diturunkan bermula daripada 0.77 peratus bagi kenderaan MINI yang dibeli mulai hari ini sehingga 31 Disember 2019. 


Pemilik-pemilik baharu juga akan menikmati rebat insurans bernilai RM2,000 bagi pembelian jentera MINI menerusi pelan pembiayaan MINI tersebut. 


Dengan setiap pembelian mana-mana model jentera MINI yang dibuat sepanjang tempoh kempen berkenaan, pembeli tersebut akan menerima satu penyertaan automatik bagi peraduan di mana seorang pemilik MINI yang bertuah akan mendapat dua tiket pelancongan yang ditanggung sepenuhnya ke Great Britain.


Kesemua jentera MINI didatangkan dengan waranti tanpa had perbatuan selama empat (4) tahun berserta servis percuma, bantuan tepi jalan 24 jam dan keahlian MINI Black Card.


Maklumat lanjut mengenai tawaran masa terhad ini boleh didapati di www.mini.my. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…