Kempen itu bukan sahaja menawarkan rebat menarik ke atas rangkaian model Volkswagen. Malah, mereka yang menempah dan mendaftar kereta Volkswagen mereka sebelum 28 Fabruari sememangnya cukup bertuah dan akan menerima kad petrol ‘Liquid Gold’ bernilai RM1,188 – yang bersamaan dengan perjalanan lebih 10,000km*.
250 orang pelanggan pertama yang menempah dan mendaftarkan kereta mereka juga dihadiahkan dengan LEGO Volkswagen T1 Camper Van edisi terhad.
Rebat tunai maksimum ke atas model-model terpilih adalah seperti berikut, sehingga stok masih ada.
Model |
Rebat Tunai |
Tambahan |
Beetle Design |
RM 5,000 |
|
Jetta Comfortline |
RM 10,000 |
|
Jetta Highline |
RM 8,000 |
|
Passat Trendline |
RM 18,000 |
Low interest rate from 0.88% per annum. |
Passat Comfortline |
RM 18,000 |
|
Passat Highline |
RM 6,000 |
|
Polo |
RM 7,000 |
|
Tiguan Comfortline |
RM 5,000 |
|
Tiguan Highline |
RM 3,000 |
|
Vento Trendline |
RM 10,000 |
|
Vento Comfortline |
RM 10,000 |
|
Vento Highline |
RM 9,000 |
|
Bermula 1 Januari 2018, semua kenderaan Volkswagen didatangkan dengan program penyelenggaraan percuma selama tiga tahun. Ini bermakna pelanggan tidak perlu bimbang tentang kos servis selama tiga tahun pertama pemilikan atau perbatuan sejauh 45,000km (mana-mana tiba dahulu).
Program ini merangkumi kesemua kos penyelenggaraan seperti yang tertera di dalam jadual servis standard. Namun ia tidak termasuk alat ganti pakai (wear and tear) seperti cakera brek, pad, bilah pengelap cermin dan mentol.
Untuk layak ke atas promosi dan hadiah, semua tempahan kenderaan mesti dibuat dalam tempoh promosi. Tertakluk kepada terma dan syarat, sehingga stok masih ada.
Maklumat lanjut, sila kunjungi pengedar sah terdekat atau layari laman web: www.volkswagen.com.my