Promosi Tahun Baru Cina bersama Volkswagen dengan penjimatan sehingga RM8000

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan sempena sambutan kemeriahan Tahun Baru Cina kali ini dengan “wong” untuk semua. "Wong" membawa maksud nasib yang baik dalam bahasa Kantonis, ada “wong” buat mereka yang berminat untuk memulakan tahun baru dengan sebuah Volkswagen baharu serta kepada para pelanggan Volkswagen yang sedia ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Model dan penjimatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

 

 

 

 Model

Penjimatan sehingga

Bulanan

Polo

RM4,000

RM725

Vento Comfortline

RM8,000

RM783

Vento Highline

RM4,000

RM894

Golf R-Line

RM2,000

RM1,750

Tiguan Highline

RM2,000

RM1,675

Beetle Sport

RM5,000

RM1,505

Nota: Penjimatan melibatkan semua varian. Pengiraan bulanan berdasarkan kepada tempoh pinjaman selama 9 tahun dengan bayaran muka 10% dan kadar faedah 2.5%. Tertakluk kepada terma dan syarat, sehingga stok masih ada. 

 

Bagi yang ingin membeli sebuah Tiguan (Highline, JOIN dan Sound & Style) mereka akan menikmati “wong” kerana ia kini hadir dengan tambahan insurans dan rebat petrol percuma selama setahun.

 

 

Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini juga, Volkswagen kini menawarkan pelbagai tawatan buat para pemiliknya. Ini termasuklah pemeriksaan percuma 20 poin, diskaun sehingga 20% ke atas bateri dan tayar dan paket angpow Volkswagen percuma.

 

 

 

 

Bukan itu sahaja, pemilik dengan baucar penyelenggaraan percuma yang berbelanja minimum RM388 akan menerima isian bendalir penyejuk, pembersih cermin utama dan minyak enjin secara percuma. Sementara mereka tidak mempunyai baucar hanya perlu berbelanja minimum RM488 untuk memanfaatkan tawaran tersebut. Pelanggan VCP boleh menikmati tawaran sama dengan belanja minimum RM288. Tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat, sah sehingga 29 Februari 2020.

 

 

Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, serta jaminan tanpa had dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

 

 

Maklumat lanjut, sila kunjungi mana-mana pengedar sah Volkswagen atau layari laman web:  www.volkswagen.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…