Promosi sempena Tahun Baru Cina dari BMW dan MINI

oleh SALINA JALIL|
Sebagai menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi, BMW Group Malaysia telah menyediakan tawaran-tawaran menarik serta rebat tunai dan kaedah pembiayaan yang meliputi pelbagai model BMW dan MINI di kesemua wakil pengedar di seluruh negara.

 

Mulai dari sekarang sehingga 31 Mac 2020, pemilik BMW baharu dapat menikmati faedah pembiayaan 1.38 peratus bagi model BMW 530e M sport dan cuma 1.88 peratus faedah pembiayaan untuk model-model seperti 330i M Sport, 530i M Sport, 520i Luxury, 740Le xDrive LCI, 630i GT, X1 sDrive20i, X3 xDrive30i Luxury dan X3 xDrive30i M Sport.

 

Sepanjang tempoh ini, pemilik baharu 330i M Sport juga akan diberikan liputan Program Perlindungan Terunggul BMW (BMW Ultimate Protection Programme) untuk tempoh setahun secara percuma.

 

Pemilik model-model lain yang dinyatakan di atas juga dapat menikmati tawaran yang sama, dengan manfaat tambahan berupa liputan percuma Insurans Komprehensif BMW (BMW Comprehensive Insurance) selama setahun.

 

 

BMW turut menawarkan BMW i Wallbox serta kad BMW ChargeNow secara percuma kepada pelanggan yang membeli 530e M Sport atau 740Le xDrive LCI bermula dari semalam hingga 31 Mac 2020.

 

MINI Malaysia turut serta dengan tawaran musim perayaan mereka sendiri sempena Tahun Baharu Cina ini. Mulai hari ini sehingga 31 Mac 2020, pemilik MINI baharu dapat menikmati pembiayaan ansuran bulanan bermula daripada RM2,388 sebulan dan rebat tunai di antara RM8,000 hingga RM22,000 bagi model-model yang terpilih.

 

Tambahan lagi, jemputan eksklusif ke MINI Track Driving Experience yang dinanti-nantikan juga akan diberikan kepada 20 pemilik MINI 3 Door atau 5 Door yang pertama sepanjang kempen tersebut berlangsung.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dari segi saiz, BMW 7 Series baharu memiliki ukuran 5,391 mm panjang, 1,950 mm lebar, 1,544 mm…
Pelancaran
Selepas hampir 5 bulan, BMW Malaysia telah mendedahkan rupa dan spesifikasi penuh BMW XM untuk…
Pelancaran
Ia membawakan rekaan masa depan yang futuristik yang dihasilkan untuk kegunaan dalam bandar, profil…