PROMOSI RAYA: MITSUBISHI TAWAR REBAT SEHINGGA RM12 RIBU!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Apabila sudah berkeluarga keperluan dan kehendak juga bertambah, daripada hidup seorang kini berpasangan dan bersyukur apabila dikurniakan cahaya mata.

Tanggung jawab ketua keluarga juga semakin bertambah, jika dahulu cukup dengan kereta penumpang atau hatchback mungkin ada yang mahu beralih kepada SUV pula.

Kepada yang tercari-cari SUV, Mitsubishi sedang menawarkan rebat istimewa sempena hari raya Aidilfitri.

Tawaran rebat yang diberikan cukup lumayan iaitu dari RM6,000 hingga RM12,000 bergantung kepada model seperti Outlander atau ASX.

Sebelum itu kenapa SUV seperti Outlander dan ASX bagus untuk keluarga?

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Mitsubishi ASX

 

Berbanding kereta penumpang atau hatchback, SUV secara umumnya mempunyai ruang yang lebih besar.

Daripada jarak kelegaan kepala, ruang kaki sehingga bagasi memberikan keselesaan yang lebih buat penumpang.

Untuk pulang ke kampung pada hari raya nanti bolehlah membawa buah tangan dan kuih raya supaya dapat berkongsi bersama sanak saudara.

 

Mitsubishi Outlander

 

Satu lagi kelebihan SUV ialah jarak pandang yang tinggi dan jauh untuk pemandu. Ciri ini penting bila mana pemandu dapat melihat jauh ke hadapan untuk sebarang jangkaan perkara yang bakal berlaku.

Selain itu, SUV juga menawarkan pemanduan selesa dalam merentasi pelbagai jenis permukaan jalan raya kerana saiz tayar yang tebal dan jarak kelegaan bumi tinggi.

Dengan ciri-ciri di atas memang molek jika anda mempertimbangkan SUV keluaran Mitsubishi untuk berhari raya nanti.

Jadi apakah promosi yang ditawarkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia? Berikut adalah butirannya.

1. Mitsubishi ASX 2WD

 

Mitsubishi ASX

 

Harga permulaan : RM118,866.00

Rebat sehingga : RM8,000.00

2.Mitsubishi ASX 4WD

Harga permulaan : RM133,336.08

Rebat sehingga : RM12,000.00

3. Mitsubishi Outlander CKD 2.0L

 

Mitsubishi Outlander

 

Harga permulaan : RM137,888.00

Rebat sehingga : RM6,000.00

4. Mitsubishi Outlander CKD 2.4L

Harga permulaan : RM152,888.00

Rebat sehingga : RM6,000.00

5. Mitsubishi Triton - Rebat RM6,000

Selain SUV penumpang, Mitsubishi turut menawarkan sekali rebat istimewa berjumlah RM6,000 untuk pelanggan yang berhajat untuk mendapatkan pikap Triton.

Walaupun Triton adalah sebuah pikap namun kegunaanya meluas dan praktikal, daripada membawa barang kerja sehingga kepada penumpang.

 

Mitsubishi Triton

 

Tambahan pula pikap sekarang ini sudah menjadi kenderaan gaya hidup dek kegunaannya yang pelbagai. Satu kelebihan pada Triton ialah karakternya yang selesa untuk penumpang.

Triton adalah kenderaan sesuai untuk pemandu yang memerlukan kenderaan tahan lasak bagi memenuhi keperluan kerja dan selesa untuk keluarga.

Berikut ialah butiran rebat untuk Mitsubishi Triton:

1.Triton VGT Adventure X

Harga permulaan : RM135,200.00

Rebat sehingga : RM6,000.00

2. Triton AT Premium

Harga permulaan : RM118,600.00

Rebat sehingga : RM6,000.00

 

Mitsubishi Triton

 

3. Triton AT

Harga permulaan : RM105,990.00

Rebat sehingga : RM6,000.00

4. Triton MT Premium

Harga permulaan : RM112,500.00

Rebat sehingga : RM6,000.00

5. Triton MT

Harga permulaan : RM100,200.00

Rebat sehingga : RM6,000.00

6. Insentif servis dengan hadiah dan diskaun

 

Insentif servis

 

Sempena dengan hari raya Aidilfitri yang akan datang, Mitsubishi Motors Malaysia turut prihatin kepada pelanggan sedia ada melalui pakej servis yang didatangkan bersama hadiah.

Lebih istimewa apabila hadiah tersebut diberikan sekali dengan diskaun kos buruh dan barangan.

Berikut ialah maklumat tentang pakej servis Mitsubishi Motors Malaysia:

1. Belanja di antara RM300 hingga RM499

  • Percuma satu unit minyak perawatan enjin

2. Belanja sebanyak RM500

  • Percuma satu unit balang eksklusif kuih raya
  • Sepuluh peratus diskaun untuk kos buruh

3. Belanja sebanyak RM1000

  • Percuma satu unit balang eksklusif kuih raya 
  • Sepuluh peratus diskaun untuk kos buruh
  • RM38 eVoucher
  • Tambahan diskaun 5% untuk harga barang

Tidak cukup dengan tawaran di atas, anda boleh mendapatkan tambahan RM20.00 eVoucher yang sah untuk perkhidmatan seterusnya apabila kenderaan anda diselenggara di pusat servis Mitsubishi bertauliah atau mengesyorkan kepada sesiapa sahaja untuk memandu uji mana-mana kenderaan Mitsubishi sepanjang tempoh kempen hari raya ini. 

 

Mitsubishi service

 

Pakej servis ini ditawarkan dari 2 Mei sehingga 15 Jun 2019 dan di pusat servis Mitsubishi yang bertauliah sahaja. Tempoh yang panjang juga bermakna anda boleh menghantar kenderaan mengikut jadual atau perbatuan yang tiba sebelum atau selepas hari raya Aidilfitri.

Untuk menikmati rebat pembelian kenderaan pula ianya bergantung kepada stok dan berlangsung dari sekarang sehingga 30 Jun 2019.

Kunjungi bilik pameran terdekat bagi merasai sendiri pengalaman model-model hebat keluaran Mitsubishi.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…
Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…