Promosi raya Haval

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

GO Auto, pengedar Haval di Malaysia kini sedang menawarkan Promosi Hari Raya "Jalan-jalan raya dengan Haval"  kepada bakal pembeli kenderaan utiliti sukan (SUV) bermula 29 Mei hingga 25 Jun ini.

 

Pembeli yang menempah model terpilih Haval sepanjang tempoh berkenaan berpeluang menikmati ganjaran menarik seperti baucar membeli-belah AEON, baucar KFC, Touch N Go dan BHP Petrol, termasuk duit raya! Kesemuanya bernilai sehingga RM2,900!

 

"Pastikan anda tidak lepaskan peluang menikmati pelbagai promosi istimewa yang bernilai sehingga RM2,900 daripada Haval dan bawa pulang kereta baharu untuk diraikan bersama keluarga tercinta pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini," kata Pengarah Eksekutif Go Auto, Datuk SM Azli Tan Sri SM Nasimuddin.

 

Go Auto ketika ini menawarkan dua model SUV Haval di pasaran Malaysia, iaitu Haval H1 dan Haval H2.

 

Dikuasakan enjin 1.5L E-ICE VVT dengan transmisi AMT 6-kelajuan, HAVAL H1 ditawarkan dalam tiga varian berbeza, iaitu Comfort (RM61,950), Premium (RM67,950) dan Elite (RM74,950) dengan waranti selama tujuh tahun.

 

Sementara itu, HAVAL H2 pula menampilkan enjin 1.5 liter VVT Pengecas Turbo berkuasa 147hp @ 5,600rpm dan tork 210Nm (4,500rpm) dengan pilihan transmisi manual (MT) 6-kelajuan dan automatik (AT) 6-kelajuan.

 

Juga ditawarkan dalam tiga varian, iaitu Standard MT (RM89,950), Comfort AT (RM98,950) dan Premium AT (RM101,950).

 

HAVAL H2 didatangkan dengan waranti lima tahun atau 150,000km (mana yang terdahulu). Tidak cukup sekadar itu, Go Auto turut memperkenalkan ‘Buy Back Guarantee’ bagi model H2 dengan memberi jaminan 50 peratus nilai kenderaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

 

Ini bermakna HAVAL akan membeli semula pada harga 50 peratus daripada harga jualan sekiranya pemilik menjual kenderaan dalam tempoh lima tahun.

 

Anda semua dijemput untuk hadir ke mana-mana 25 bilik pameran Haval seluruh negara untuk memandu uji kenderaan Haval dan nikmati pelbagai promosi hebat sedang dijalankan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Oleh itu, aplikasi perkongsian kereta SOCAR dan jenama saudara mereka TREVO, Pasaran Perkongsian…
Berita Domestik
Promosi tersebut menawarkan pelanggan Goodyear untuk menerima pulangan kredit e-wallet Touch ’n GO…
Berita Domestik
Harga jualan Neta V ialah RM99,800 dan pembeli akan menerima baucar tunai bernilai RM10,000, selain…