Promosi pra-tempahan bernilai RM700 untuk Vespa Primavera S 150 Special Edition, Sprint S 150

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan, Didi Resources ingin mengajak rakyat Malaysia untuk merebut peluang mendapatkan promosi pra-tempahan bagi model Vespa Primavera S 150 Special Edition dan Vespa Sprint S 150.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan hanya membayar wang tempahan serendah RM60, para peminat Vespa boleh mendapatkan aksesori percuma bernilai RM700 menerusi program eksklusif di Lazada yang merangkumi t-shirt, alas lantai, rak hadapan serta rak belakang.

Promosi ini hanya sah sehingga 31 Mei 2020 dan boleh ditebus sehingga 30 Jun 2020 ini menerusi kedai rasmi Vespa Malaysia di aplikasi Lazada atau menerusi pautan di bawah:
www.lazada.com.my/shop/vespa-malaysia

 

Vespa Primavera S Special Edition


Membawakan warna baharu Orange Tramonto (Glossy) dan Grey Stille (Matt), Vespa Primavera S Special Edition ini membawakan karakter yang kuat dan sporti sebagai sebuah skuter urban.

Vespa edisi khas ini membawakan kemasan kelabu gelap yang ditampilkan pada sesetengah tempat seperti rangka lampu hadapan, 'tali leher', kemasan sisi serta muka hadapan skuter ini.

Penampilan berani Vespa diteruskan dengan pelekat badan berwarna kontras, penggunaan pelana yang dikontraskan dengan jahitan jingga serta pelindung hon berwarna serupa.

Antara kelengkapan standard termasuklah rim bersaiz 12 inci aluminium aloi, lampu utama LED, lampu nyalaan siang LED, slot pengecasan USB, sistem anti-pencuri dan brek hadapan yang dilengkapi ciri ABS.

 


Vespa Sprint S


Sebuah lagi model yang dibawa masuk adalah Vespa Sprint S dan model ini hadir dengan tiga warna yang menarik perhatian iaitu Yellow Sole, Black Opaco dan White Innocenza - setiap satu membawakan perwatakan yang tersendiri.

Vespa Sprint S masih mengekalkan kemasan yang tersendiri seperti pelindung hon berwarna merah, decal sporti pada sisi badan dan penampilan spring merah.

Pelana Vespa Sprint S 2020 ini juga turut diperbaharui membawakan penampilan yang unik, sporti dan juga elegan pada masa yang sama.

Sama seperti model Primavera S, model Sprint S juga turut hadir dengan rim aluminium bersaiz 12 inci, serta kehadiran lampu utama jenis LED untuk hadapan dan belakang.

Menguasakan kedua-dua skuter ini adalah enjin silinder tunggal I-Get bersesaran 154.8 cc yang menghasilkan 12.7 hp dan daya kilas 12.8 Nm @ 6,500 rpm yang dipadankan dengan transmisi CVT.