Promosi Petronas Setel-Mesra Bonanza kembali! Hadiah utama sehingga RM50,000!

oleh SALINA JALIL|
Petronas Dagangan Bhd (PDB) telah melancarkan Kempen Petronas Setel-Mesra Bonanza, dalam usaha untuk menawarkan pelbagai ganjaran kepada pelanggan setia dengan baucar tunai dan bahan api, yang akan memberi manfaat kepada 992 pemenang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Setiap minggu mulai 15 Ogos hingga 15 Okt, 2020,10 pemenang hadiah pertama berpeluang memenangi wang tunai RM3,000 manakala 100 pemenang hadiah kedua akan membawa pulang baucar Setel bernilai RM50 yang dapat ditebus untuk bahan api.

 

Selain itu terdapat dua pemenang hadiah utama, yang masing-masing akan meraih hadiah RM50,000 sepanjang tempoh kempen.

 

Pelanggan hanya perlu berbelanja pada kadar minimum RM30 untuk bahan api atau barangan di Kedai Mesra di mana-mana stesen Petronas di seluruh negara dan leretkan Kad Mesra mereka untuk mendapat satu penyertaan.

 

“Kempen Mesra Bonanza, yang bermula pada 2018, menjadi kempen yang amat dinanti-nantikan pelanggan kami. Tahun ini, kami telah menamakan semula kempen tersebut memandangkan tawaran kami diperluaskan dengan merangkumi baucar Setel.

 

“Pelanggan telah memacu perniagaan kami dan kami bersyukur mereka kekal bersama-sama kami sepanjang tempoh mencabar ini,” kata Ketua Perniagaan Runcit PDB, Khalil Muri dalam kenyataan hari ini.

 

Setel merupakan aplikasi mudah alih pertama Malaysia yang menyatukan platform e-pembayaran dengan pam, Kedai Mesra dan ganjaran kesetiaan untuk mewujudkan pengalaman runcit yang lancar untuk pelanggan Petronas.

 

Ia kini diakui sebagai satu-satunya aplikasi pengisian bahan api dalam pasaran yang membantu mengurangkan titik sentuhan fizikal.

 

Pelanggan digalakkan memuat turun aplikasi Setel agar layak untuk lebih banyak penyertaan dan memautkan Kad Mesra mereka kepada aplikasi tersebut.

 

Keahlian Kad Mesra adalah percuma dan boleh didaftarkan dan diaktifkan secara terus menerusi aplikasi Setel.

 

Layari www.mymesra.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Petronas Setel-Mesra Bonanza.