Promosi perayaan Ford Ranger Raptor, Wildtrak tawar penjimatan sehingga RM8,000!

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto ConneXion (SDA) selaku pengedar tunggal kenderaan berjenama Ford di Malaysia mengumumkan promosi musim perayaan yang menawarkan penjimatan sehingga RM8,000 untuk model trak pikap Ranger.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Bermula sekarang sehingga 30 April ini, mana-mana pelanggan yang mahu mendapatkan Ford Ranger Raptor kini boleh menikmati penjimatan sehingga RM8,000 atau RM7,000 bagi model Ford Ranger Wildtrak, tertakluk kepada model buatan 2020 sahaja.

Ford Ranger Raptor masih lagi mengekalkan reputasi sebagai trak pikap berprestasi tinggi, terima kasih kepada enjin 2.0 liter Bi Turbo yang menghasilkan 213 PS dan daya kilas 500 Nm, sistem transmisi automatik 10 kelajuan, serta kelengkapan seperti suspensi Fox Racing Shox dan sistem pengurusan mukabumi yang meliputi mod Baja yang canggih.

 


Sementara Ford Ranger Wildtrak pula menawarkan pelbagai teknologi keselamatan pintar seperti brek kecemasan automatik dengan pengesan kenderaan dan pejalan kaki, amaran keluar laluan, bantuan keluar laluan, serta ciri parkir selari separa automatik yang pertama di dalam kelasnya.

Sekiranya anda berminat sila hubungi pengedar Ford yang berdaftar atau WhatsApp ke Jurujual Digital Ford di talian +60 19-204 1200 untuk maklumat lanjut, atau layari www.sdacford.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Harga jualan Neta V ialah RM99,800 dan pembeli akan menerima baucar tunai bernilai RM10,000, selain…
Informasi
Rata-rata di antara kita tahu kekuatan jenama Volvo itu sendiri sejak ia mula menempa nama di…
Informasi
  Katanya, tarikh tersebut tersedia dengan tambang serendah RM59 ke Pulau Pinang dan Kota Bharu,…