Promosi Merdeka 2020 Mitsubishi tawar kadar faedah serendah 0.88 peratus!

oleh Mohamad Hanif|
Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia menawarkan promosi menarik bersempena dengan sambutan bulan Merdeka di mana tawaran ini adalah sah sehingga 30 September 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk pembeli Mitsubishi ASX, para pelanggan boleh memilih untuk trade-in kenderaan mereka untuk menikmati nilai tambahan RM8,888 daripada pengedar sah MMM.

Harga jualan Mitsubishi ASX bermula dari RM111,628 untuk model 2WD dan RM125,182 untuk model 4WD, di mana promosi ini juga turut merangkumi jaminan lima tahun (tanpa had perbatuan) serta penyelenggaraan lima tahun percuma.

 


Bagi mereka yang mahu mendapatkan Mitsubishi Outlander 2.0 liter (RM133,491), terdapat rebat tunai sehingga RM4,000, jaminan lima tahun tanpa had perbatuan dan pakej penyelenggaraan selama dua tahun percuma.

Untuk Mitsubishi Outlander 2.4 liter pula (RM147,762), rebat tunai adalah sebanyak RM2,000 serta merangkumi jaminan lima tahun (tanpa had perbatuan) pakej penyelenggaraan 2 tahun percuma.

Selari dengan pengumuman pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus untuk kenderaan pemasangan tempatan, para pelanggan akan turut menikmati penjimatan sehingga RM8,000 untuk model ASX, dan RM4,000 lagi untuk model Outlander.

Untuk para peminat trak pikap, Mitsubishi Triton VGT Adventure X, AT Premium dan MT Premium boleh mendapatkan rebat tunai, atau kadar faedah rendah 0.88 peratus menerusi pembiayaan sewa beli Maybank atau Public Bank sahaja.
 

No

Varian

Harga atas jalan tanpa insurans

Promosi

Jaminan

1

Triton VGT

Adventure X

RM 137, 900

kadar faedah rendah 0.88%  ATAU rebat tunai RM4,000

 

 

Jaminan lima tahun atau 200,000 km

 

2

Triton VGT

AT Premium

RM 121,000

kadar faedah rendah 0.88%  ATAU rebat tunai RM4,000

3

Triton VGT

MT Premium

RM 113, 300

kadar faedah rendah 0.88%  ATAU rebat tunai RM4,000

4

Triton VGT AT

RM 105, 990

rebat tunai RM4,000

5

Triton VGT MT

RM 100, 200

rebat tunai RM6,000

6

Triton Quest 4x2

RM 78,488.40

rebat tunai RM4,000

Jaminan lima tahun atau 100,000 km.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…