Tawaran promosi ini melibatkan ke semua model kenderaan yang terpilih iaitu Odyssey, BR-V, HR-V, CR-V, Jazz dan City dengan nilai rebat bonus bermula dari RM3,000 sehingga RM10,000.
Setiap pembelian juga bakal menerima hadiah eksklusif.
Untuk model City Hybrid dan Jazz Hybrid, rebat bonus yang diberikan adalah sebanyak RM6,000 dan dengan baucer servis atau rebat nilai tunai adalah sehingga RM3,000 dan in menjadikan jumlah keseluruhan rebat adalah RM9,000.
Manakala bagi model HR-V Hybrid pula rebat keseluruhan adalah sehingga RM10,000 iaitu jumlah tertinggi bagi promosi kali ini.
Varian Jazz yang lain tawaran bonus yang ditawarkan adalah sebanyak RM3,000, dan City pula diberikan bonus sehingga RM4,000. Pilihan baucer servis atau tambahan nilai tunai pula adalah RM2,000, ini menjadikan jumlah keseluruhan ganjaran bernilai RM5,000 untuk Jazz dan RM6,000 untuk City.
Model HR-V pula turut diberikan rebat bonus sehingga RM2,000 dan pilihan servis atau nilai tunai yang menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM4,000.
BR-V pula ditawarkan dengan rebat bonus sehingga RM1,000 dan baucer servis bernilai RM2,000 atau tunai tambahan dengan jumlah RM3,000.
Model SUV CR-V pula diberikan rebat bonus bernilai RM2,500 dan ganjaran tambahan sebanyak RM2,000, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM4,500.
Model MPV Odyssey pula didatangkan dengan rebat bonus sebanyak RM3,000, dengan ganjaran tambahan bernilai RM2,000 menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM5,000.
Untuk info selanjutnya, sila lawati laman web https://www.honda.com.my/promotions/promotions_details/170