Promosi harga istimewa untuk Ducati hari ini dan esok!

oleh SALINA JALIL|
Ramai tahu bahawa jenama-jenama kereta premium selalu membuat jualan kenderaan pra-pendaftaran.

Ia adalah unit-unit pandu uji ataupun yang telah digunakan oleh syarikat dan harga yang ditawarkan untuk unit-unit tersebut sering membuatkan ramai yang berebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Untuk motosikal, cara begitu sangat jarang kita lihat dan jika ada, sering kali kita sudah terlambat.

Namun begitu dari sumber informasi Careta, Kumpulan Naza akan menjual unit-unit demo (tunggang uji) motosikal Ducati dalam acara Ducati Red Weekend yang berlangsung hari ini dan esok di Naza Automall, Petaling Jaya dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

 

Antara butiran yang kami dapat ialah:

 

- Ada unit-unit Ducati Panigale V4S yang digunakan untuk tunggang uji dan sesi latihan DRE bakal dijual dengan harga yang menarik.

 

- Unit-unit demo untuk Ducati Multistrada juga ada untuk dijual.

 

- Harga tawaran serendah RM49k ++ untuk Scrambler by Ducati, termasuk Bike Travel Package.

 

- Model Ducati Monster 821 dengan harga tawaran serendah RM59k++.

 

- Barangan dan aksesori Ducati dan Scrambler dengan diskaun 20 peratus.

 

- Tawaran pakej servis khas untuk pemilik Ducati.

 

Jangan lepaskan peluang ini kerana ia jarang berlaku! 

 

Berita Berkenaan

Informasi
  "Bagi kemudahan tambahan, kami turut menyediakan platform seperti Facebook dan Instagram untuk…
Berita Domestik
Menurut pihak Naza Motor, anak syarikat Kumpulan Naza, cuma ada 40 unit yang bakal dijual dengan…
Berita Domestik
  Indian bermula sejak tahun 1901 dan menjadi pengeluar motosikal terbesar dunia dalam tahun 1910-…