Promosi diskaun untuk mentol canggih NARVA!

oleh HEZERI SAMSURI|
Jenama mentol Jerman, Narva sedang membuat promosi jualan pertengahan tahun dengan potongan sehingga 25 peratus dan penghantaran percuma serta hadiah-hadiah untuk pembelian.

Mentol Narva datang dalam jenis LED dan juga halogen dan direka dengan teknologi lampu terkini agar mampu memberikan suluhan cahaya yang lebih fokus tanpa perlu menggunakan tenaga yang banyak dari sistem elektrik kenderaan anda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ujian-ujian oleh Careta membuktikan mentol Narva memang lebih fokus dari kebanyakan jenama mentol lain dan mentol LED Narva juga lebih fokus, menjadikan ia tidak bersilau untuk pengguna jalanraya yang lain (tetapi ia masih tidak dibenarkan oleh JPJ).

Mentol LED Narva juga mempunyai rekabentuk yang nipis dan kompak, walaupun ia tetap dilengkapi dengan transformer dan kipas penyejuk terbina di dalam. Fakta ini menyebabkan ia mudah dan muat untuk dipasang pada kebanyakan kenderaan.

 

 

Transformer terbina di dalam itu pula menjamin ia tahan lebih lama dan kurang risiko untuk terbakar - cukup sesuai untuk kenderaan-kenderaan dengan sistem elektrik yang kurang stabil seperti Proton Gen2 dan Satria Neo.

Mentol halogen Narva RP150 pula memberikan 150 peratus cahaya yang lebih terang dari mentol halogen standard. Mentol halogen sangat sesuai untuk mereka yang sering memandu di waktu malam, subuh atau maghrib kerana faktor cahaya kekuningan yang lebih efektif untuk membelah kabus.

 

 

Mentol-mentol Narva datang dalam pelbagai saiz, contohnya untuk lampu hadapan (rendah, tinggi dan kedua-duanya sekali), lampu belok, lampu brek, lampu kabin, lampu plet nombor dan lampu motosikal.

Promosi pertengahan tahun oleh Narva ini boleh di dapati di pautan di bawah:

PROMOSI JUALAN TENGAH TAHUN NARVA-CARETA

Gunakan kod promo CARETA25 untuk menerima pelbagai hadiah percuma dengan pembelian anda.

Promosi ini bermula dari 23 Jun sehingga 22 Julai 2022, sehingga stok masih ada.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelancaran produk baharu HELLA Retrofit LED itu dijalankan secara ekslusif bersama-sama auto2u.my,…
Informasi
Ada di antara kita yang suka memandu di waktu malam. Antaranya ialah keadaan trafik yang kurang…