Promosi CNY dari Toyota - Rebut angpau bernilai RM988, rebat tunai RM2,500 sekarang!

oleh Afandi Che Muhamad|
Bersempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan baru sahaja melancarkan kempen promosi istimewa bagi barisan model sedia ada keluarannya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Promosi yang bermula hari ini itu akan berakhir pada 28 Februari depan.

Berikut merupakan model kenderaan Toyota yang terlibat di dalam promosi berkenaan:

Sepanjang promosi berlangsung, orang ramai berpeluang membawa pulang angpau bernilai RM988 bagi setiap pembelian model baharu Toyota.

Selain angpau, promosi tersebut turut menawarkan rebat tunai sehingga RM2,500 bagi model-model terpilih.

Bagi menghargai pelanggan setia jenamanya, UMW Toyota Motor menyediakan servis dan aksesori percuma untuk beberapa model tertentu. Menarik bukan?

Ingin memiliki kereta baharu tetapi kekurangan dari aspek kewangan? Jangan risau.  

Pengguna boleh mempertimbangkan perkhidmatan pembiayaan, Toyota Capital.

Terdapat dua pelan pembiayaan disediakan seperti Toyota 2-Tier Plan yang menawarkan kelebihan pembayaran ansuran bulanan lebih rendah untuk golongan graduan dan Toyota Drive (membolehkan pelanggan berjimat).

Untuk makluman, semua model Toyota baharu tersebut didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan (kecuali Hilux dengan had perbatuan maksimum 150,000 kilometer) beserta waranti yang boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan berkunjung ke mana-mana bilik pameran Toyota atau layari www.toyota.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…
Telah Diuji
bZ yang bermaksud Beyond Zero (pengeluaran asap sifar) sebenarnya dihasilkan sebagai projek usahama…