PROLINTAS rangkul 3 anugerah Forward Faster Sustainability Awards 2023

oleh Hamimah Hamid|
PROJEK Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) memenangi tiga anugerah dalam 'Forward Faster Sustainability Awards' 2023 yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Pada majlis anjuran UN Global Compact Network Malaysia and Brunei (UNGCMYB) itu, tiga anugerah yang diterima adalah Anugerah Forward Faster CEO, Anugerah Living Wage dan Anugerah Partnership for The Goals Recognition.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

3 anugerah yg dirangkul pro lintas

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, pencapaian itu membuktikan komitmennya dalam membentuk strategi perniagaan berteraskan keteguhan tadbir urus, kepekaan terhadap alam sekitar serta tanggungjawab sosial dalam pengoperasian syarikat PROLINTAS.

 

"Anugerah ini menjadi cerminan usaha PROLINTAS dalam menjayakan pembangunan infrastruktur yang progresif.

 

"Kami amat komited untuk mengembangkan perniagaan sambil terus memelihara dan memulihara masyarakat dan alam sekitar," katanya.

 

PROLINTAS mengguna pakai kaedah menyeluruh untuk pembangunan dan kebajikan pekerja menerusi sistem gaji progresif dengan menawarkan gaji di atas paras pasaran.

 

Menerusi kerjasama strategik dengan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC), PROLINTAS turut diiktiraf dengan Anugerah Partnership for The Goals Recognition.

 

Anugerah itu memperakukan usaha bersamanya untuk menilai dengan teliti jejak gas rumah hijau (GHG) dalam perniagaan dan operasi lebuh raya, meletakkan asas untuk mencapai matlamat sifar karbon menjelang 2050.

 

 

 

 

Penulis: Firdaus Razani