Prolintas edar 3,500 topeng muka percuma

oleh Mohamad Hanif|
Kumpulan Syarikat PROLINTAS selaku pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK) telah mengedarkan sejumlah 3,500 helai topeng muka secara percuma kepada pengguna lebuh raya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Selain pengedaran kepada pengguna lebuh raya PROLINTAS, sejumlah penutup muka  turut diedarkan kepada pelajar dan guru sekolah yang berhampiran dengan Lebuhraya AKLEH iaitu Sekolah Kebangsaan Ampang.
 


Menurut Ketua Pegawai Operasi (Projek dan Operasi) PROLINTAS, Ir. Rostam Shahrif Tami, “Pengedaran topeng muka kepada pengguna telah bermula pada Khamis, 5 September 2019 di AKLEH dan GCE dan berakhir pada hari ini di LKSA dan SILK.
 
“Ini merupakan di antara inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PROLINTAS yang merangkumi pelbagai aspek seperti pendidikan, penjagaan alam sekitar dan pembangunan insaniah di sepanjang tahun. Dengan adanya aktiviti sebegini ianya dapat mengurangkan risiko pencemaran udara sekaligus menyumbang tahap kesihatan yang baik,” tambah Ir. Rostam. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Penutupan itu akan dilaksanakan bermula jam 5.00 petang, 3 Februari 2024 sehingga 2.00 pagi, 4…
Berita Domestik
Pelaburan tersebut adalah penting untuk membantu Kumpulan PROLINTAS dalam penstrukturan semula…
Berita Domestik
Program tersebut merupakan inisiatif bersama masyarakat menerusi Program Tuisyen Pintar Yayasan…