PROLINTAS arah henti kerja, kaji semula prosedur keselamatan

oleh SALINA JALIL|
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), pemaju bagi pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) mengeluarkan arahan pemberhentian semua kerja konkrit pada hari kejadian dua kenderaan rosak ditimpa bancuhan simen ketika melalui bawah satu jambatan lebuh raya yang dalam pembinaan di Persiaran Alam Damai di sini, Rabu lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

PROLINTAS dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya juga mengkaji semula prosedur keselamatan.

 

Katanya, sebagai pemaju bagi projek pembinaan Lebuhraya SUKE, pihaknya memandang serius kejadian itu dan siasatan dalaman terhadap kontraktor dan pekerja yang terbabit telah dijalankan.

 

"Sementara itu langkah keselamatan tambahan juga telah diambil dengan serta merta," katanya.

 

Kontraktor bagi pakej berkenaan telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan SUKE juga telah berhubung dengan pemilik kenderaan terbabit dan persetujuan berkaitan telah dicapai, katanya.

 

Ia mengulas mengenai laporan media mengenai kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Rush dan Toyota Vellfire masing-masing mengalami kerosakan pada bahagian bumbung akibat ditimpa bancuhan simen yang jatuh pada jam 1.130 tengah hari Rabu lalu.

 

 

laporan dari Berita Harian