PROLINTAS anjur Karnival Keselamatan Jalan Raya Ahad ini!

oleh Afandi Che Muhamad|
Syarikat konsesi Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Projek Lintasan Shah Alam Sdn. Bhd. (PROLINTAS) memngumumkan bakal menganjurkan Karnival Keselamatan Jalan Raya pada hari Ahad ini (11 Februari) bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang bertempat di Pejabat Operasi LKSA, Plaza Tol Alam Impian.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk makluman, program ini dianjurkan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) bersempena meraikan sambutan Tahun Baru Cina.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk orang ramai seperti Selangor Cares About Road Safety Educational Race (SCORER).

Berikut dilampirkan bersama tentatif program tersebut:

SCORER merupakan aktiviti berteraskan pengetahuan keselamatan jalan raya yang disasarkan kepada 50 pasukan.

Setiap pasukan terdiri daripada dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak berusia enam hingga sembilan tahun.

Hadiah lumayan menanti pemenang aktiviti SCORER ini!

Rujuk lampiran di bawah bagi mengetahui hadiah-hadiah yang ditawarkan:

Tidak terkecuali, turut diadakan adalah pameran keselamatan yang disertai Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Puspakom.

Selain agensi yang disebutkan, Proton dan Perodua juga turut mengadakan pameran jualan dengan menawarkan diskaun menarik untuk pengunjung. 

Orang ramai dijemput untuk hadir menyertai Karnival Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina ini.

Bagi pengunjung yang berminat untuk menyertai SCORER, borang penyertaan boleh diperolehi menerusi pautan www.jkjr.gov.my/en/borang-borang/Borang-Borang---Forms/Selangor-Cares-About-Road-Safety-Educational-Race-(SCORER)/. 

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web, www.prolintas.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jelasnya lagi, motosikal kini menjadi salah satu mod pengangkutan yang amat penting terutama di…
Berita Domestik
Kempen ini bertujuan untuk mendidik dan mempromosikan pemanduan yang selamat, dan dalam masa yang…
Berita Domestik
  “Selepas 1 Januari, produk-produk yang masuk pasaran mesti memenuhi piawaian sebab kebanyakan…