PROLINTAS agih 700 pek daging korban kepada golongan asnaf, B40

oleh Mohamad Hanif|
Kumpulan Syarikat PROLINTAS telah mengagihkan pek daging korban kepada keluarga asnaf dan golongan B40 bersempena dengan sambutan Aidiladha tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebanyak 700 pek daging korban telah diedarkan kepada golongan tersebut yang tinggal berhampiran jajaran lebuh raya seliaannya seperti Ampang, Keramat, Cheras, Kajang, Shah Alam, Subang dan Sungai Buloh.
 

 


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato' Mohammad Azlan Abdullah, aktiviti ini merupakan sebahagian daripada agenda tahunan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sejak PROLINTAS ditubuhkan.

Aktiviti pengedaran dilakukan dengan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan, dengan pengedaran secara berasingan oleh kakitangan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Penutupan itu akan dilaksanakan bermula jam 5.00 petang, 3 Februari 2024 sehingga 2.00 pagi, 4…
Berita Domestik
Pelaburan tersebut adalah penting untuk membantu Kumpulan PROLINTAS dalam penstrukturan semula…
Berita Domestik
Program tersebut merupakan inisiatif bersama masyarakat menerusi Program Tuisyen Pintar Yayasan…