Projek terowong tren bawah tanah Melaka-Sumatera akan diteruskan?

oleh SALINA JALIL|
Projek terowong tren bawah tanah yang menghubung Malaysia dan Indonesia melalui Melaka dan Sumatera memerlukan kajian menyeluruh dan kos faedah yang jitu sebelum ia dapat dilaksanakan sepenuhnya.


Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, cadangan projek berkenaan memerlukan rundingan kedua-dua negara mengenai kebolehlaksanaan projek infrastruktur pengangkutan yang seharusnya dilaksanakan dengan strategik dan terancang.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

 

“Kerajaan mengalu-alukan usaha yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan dan kemakmuran kedua-dua negara kerana jalinan pengangkutan ini berpotensi memberi dimensi baharu dalam dinamik ekonomi, pelancongan dan interaksi antara rakyat kedua-dua negara.

 

“Projek berskala mega seumpama ini seperti yang telah dicadangkan beberapa kali sebelum ini semestinya datang dengan cabaran-cabaran tersendiri dari sudut keselamatan, sosioekonomi negara atau alam sekitar,” katanya di Dewan Negara.

 

Beliau berkata demikian semasa ucapan penggulungan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Mesyuarat Pertama Dewan Negara, Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas.

 

Beliau menjawab cadangan diajukan oleh Senator Muhammad Zahid Md. Arip (Bersatu) supaya kerajaan mempertimbangkan projek terowong tren bawah tanah menghubungkan kedua-dua negara dan seterusnya membangkitkan cadangan tersebut untuk dibincang antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).

 

 

Utusan Online

Berita Berkenaan

Informasi
"Kami berharap pelancaran tren dan bas Mechamato ini akan menggalakkan generasi muda serta keluarga…
Informasi
“Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,004,591 iaitu peningkatan lebih 35 peratus berbanding…
Berita Domestik
"Kami juga buat program untuk membaik pulih sebahagian set yang sudah lama jadi ia boleh digunakan…