Projek Supermoped Modenas masih lagi ON - CEO Modenas

oleh Mohamad Hanif|
Masih ingat lagi projek supermoped Modenas?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sudah beberapa tahun sejak berita tersebut timbul dan menggemparkan alam maya, namun sehingga kini masih lagi tiada hitam putih berkenaan projek tersebut.

Dalam sesi bersama pengamal media di Kilang Modenas Gurun, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Encik Roslan Roskan sendiri mengesahkan projek pesaing kepada model Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R itu sebenarnya masih lagi belum diketepikan.

Jelasnya lagi, projek yang diumumkan terdahulu itu telah pun diabaikan disebabkan ia sudah terlalu lama, namun ia akan dibangunkan baharu sepenuhnya dengan menggunakan teknologi dan input daripada Kawasaki sebagai rakan teknikal baharu Modenas.

Tambahan pula, ia merupakan satu segmen yang berpotensi besar dan mampu memberikan keuntungan kepada Modenas, dan melihatkan kepada kapasiti pengeluaran dan permintaan daripada pasaran, ia sudah hampir pasti akan menjadi kenyataan kelak.

Selain daripada model supermoped, Modenas juga akan bekerjasama dengan Kawasaki untuk membangunkan model-model berkapasiti 150cc dan ke atas.

Ketika sesi lawatan ke kilang Modenas di Gurun, Roslan Roskan tidak mendedahkan spesifikasi atau anggaran harga untuk model supermoped itu, malah kami juga tidak melihat sebarang kelibat model prototaip supermoped dikesan di fasiliti tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kali ini, gambaran yang lebih jelas supermoped tersebut dikongsikan oleh salah seorang pengguna…
Pelancaran Motosikal
Dikuasakan oleh enjin silinder tunggal sejukan cecair empat lejang, ia mampu menjana kuasa setinggi…
Gaya Hidup
PENGANJURAN perhimpunan Fenomena SuperMoped 2020 telah berjaya menarik penyertaan 5,000 orang…