Projek Rel RTS JB-Singapura akan diteruskan

oleh Mohamad Hanif|
PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia akan meneruskan perancangan untuk membina Sistem Transit Pantas (RTS) dari Bukit Chagar, Johor Bahru ke Utara Woodlands merentas sempadan di antara Malaysia dan negara jiran.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa kajian untuk mengurangkan kos RTS adalah antara syarat-syarat untuk meneruskan projek rel itu.
 


“Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan cadangan jajaran RTS sepanjang 4km,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Kabinet semalam. 

"Sudah pasti kita akan mengkaji semula perjanjian dengan Kerajaan Singapura. Kami akan kaji semula terma dan syarat sementara Kementerian Kewangan mahu melihat cara mengurangkan kos projek," kata Loke.

"Namun, kami tetap berminat untuk meneruskan projek itu."


 


Projek RTS ini yang dijangka beroperasi sekitar penghujung 2024 bakal memainkan landasan penting penting dalam meningkatkan hubungan ekonomi merentas sempadan di samping memudahkan pergerakan kira-kira 400,000 rakyat Malaysia yang bekerja dan tinggal di Singapura, di mana kebanyakan dari mereka berulang alik pada pagi dan petang. 

Pada Januari lalu, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin yang dahulunya adalah Menteri Besar Johor telah berkata bahawa RTS akan memberi manfaat bukan sahaja kepada penduduk di Johor malah kepada para pengguna dari negara-negara lain yang berkerja di Singapura termasuk juga warga Singapura yang akan lebih mudah melawat ke Johor untuk membeli-belah dan bersiar-siar yang bakal menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat di Johor Bahru. 

Semenjak mengambil alih tampuk pemerintahan pada 10 Mei, kerajaan yang baru di bawah Pakatan Harapn telah tetapkan sasaran untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang tinggi yang dibawa dari pentadbiran sebelum ini yang diketuai Perdana Menteri terdahulu Dato’ Seri Mohd Najib Razak. 
 


Projek-projek pengangkutan seperti rel berkelajuan tinggi di antara Kuala Lumpur dan Singapura akan dibatalkan tertakluk kepada perbincangan dengan kerajaan Singapura manakala projek MRT3 telah pun diumumkan pembatalannya. 

"Saya difahamkan bahawa kos projek itu adalah RM4 bilion untuk kerajaan Malaysia. Akan tetapi, kita akan memulakan rundingan dan perbincangan dengan rakan kami di Singapura," ulas Anthony, merujuk kepada perjanjian RTS yang telah pun ditandatangani awal tahun ini dengan negara jiran di bawah pemerintahan kerajaan sebelum ini. 

Penulis: Shahrim Tamrin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada peringkat awal pembinaan projek tersebut, Syarikat Pembinaan Laluan Lintas China di Malaysia…
Informasi
Beliau berkata berdasarkan kemajuan pembinaan setakat 30 Jun lepas, projek pengangkutan awam…
Informasi
  "Pembinaan RTS kini mengikut jadual walaupun berdepan dua kali pertukaran kerajaan dan pandemik…