Projek pembinaan LPT3 diluluskan - kerja awalan dijangka siap April 2022

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Pelaksanaan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) telah diluluskan dengan kos kerja-kerja awalan keseluruhan berjumlah RM35 juta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Kanan Infrastruktur yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof  berkata, ia diluluskan menerusi satu surat bertarikh 3 Julai 2019 daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU),  Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya, kerja awalan projek tersebut telah bermula pada Ogos 2020 dan dijangka siap April 2022.

"Oleh yang demikian, hala tuju, skop dan tarikh pelaksanaan bagi projek LPT3 ini hanya dapat dimuktamadkan setelah laporan kerja awalan bagi projek ini diperoleh," katanya menggulung perbahasan usul titah Yang di-Pertuan Agong, bagi kementerian itu  di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Pada 7 Mac 2019, Menteri Hal Ehwal Ekonomi (ketika itu) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kini Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) telah mengumumkan lima projek yang diluluskan di Kelantan iaitu antaranya pembinaan LPT3 sejauh 150 kilometer (km) bermula dari Gemuroh, Terengganu ke Tumpat, Kelantan.

Sementara itu, berhubung projek laluan ‘Central Spine Road’ (CSR), Fadillah berkata ia dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan keutamaan kepada aspek keselamatan, kesesakan lalu lintas dan kesinambungan jajaran.

Menurutnya sehingga kini, jajaran sepanjang 224km telah diluluskan untuk pelaksanaan iaitu 165.1km di Pahang (Pakej 3, 4 dan 5) dan 58.9km di Kelantan (Pakej 2 dan 3).

Sumber: BERNAMA

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bertempat di Tokyo Auto Salon 2024, TOM's Racing mempamerkan sebuah Supra JZA80 yang telah…
Berita Global
Projek HWA EVO itu diumumkan sendiri oleh HWA AG, sebuah syarikat dari Affalterbach yang sangat…
Berita Global
Menurut laporan Bernama, ujian bersepadu yang dijalankan oleh syarikat Kereta Api Antarabangsa…