Projek one-off Phantom Orchid ambil masa dua tahun untuk siap!

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai seorang yang memiliki harta yang makan tak habis, apa yang anda boleh lakukan untuk menjadikan kereta anda unik?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jawabnya, khidmat penyesuaian daripada jabatan Bespoke Rolls-Royce.

Projek terbaharu yang dijalankan oleh divisyen khas tersebut merupakan sebuah Rolls-Royce Phantom Orchid yang diinspirasikan daripada tanaman orkid, termasuk Orkid Singapura yang melambangkan ketahanan, kecantikan dan juga kekuatan.
 

Orkid


Insan yang bertanggungjawab di sebalik rekaan Phantom Orchid ini, Helen Amy Murray mengambil masa lebih daripada 200 jam untuk rekaan, dengan jumlah tempoh masa yang diambil adalah sekitar dua tahun!

Rekaan asal beliau dicetak atas satin krep sutera, sebelum dikemaskan dengan ukiran fabrik efek tiga dimensi menggunakan tenaga tangan.
 

Orkid


Hasil kerja tangan ini boleh dilihat pada bahagian papan pemuka Phantom ini.

Selain daripada itu, pihak pembangun turut menggunakan tema orkid ini pada meja kecil di bahagian belakang tempat duduk hadapan, diikuti dengan plat ambang pintu beriluminasi dan juga fender hadapan.
 

orkid


Jika ruang kabin menampilkan warna gandingan Grace White, Havan, Smoke Grey diikuti jahitan Dark Olive, warna luaran pula menggunakan asas Arctic White, diikuti lapisan ungu dan zarah kaca halus yang memberikan penampilan seakan mutiara bergantung kepada pencahayaan dan sudut pemandangan.

Unit one-off ini dihasilkan untuk salah seorang pelanggan Rolls-Royce yang menetap di Singapura.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…