Projek naik taraf Lebuhraya Pasir Gudang dijangka kurangkan kesesakan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Dua projek menaik taraf Lebuhraya Pasir Gudang (FT17), di sini, yang turut melibatkan pelebaran jalan, dijangka akan dapat mengurangkan kesesakan di laluan itu pada masa hadapan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.


Beliau berkata kedua-dua projek yang telah diluluskan melibatkan peruntukan RM5.2 juta itu, akan dilaksanakan secara berfasa iaitu Fasa 2B dan Fasa 3 merangkumi pelebaran laluan daripada empat lorong kepada enam lorong.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

 

Nanta berkata Fasa 2B melibatkan laluan dari persimpangan Bandar Seri Alam/Taman Rinting ke persimpangan Pasir Gudang, kini dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada Oktober 2025 manakala Fasa 3 iaitu dari persimpangan bertingkat Perling hingga ke susur naik Lebuhraya Utara Selatan pula dijangka bermula Ogos tahun ini.

Tambahnya, kerja-kerja menaik taraf bagi dua projek itu melibatkan pelebaran jalan sepanjang 12.5 kilometer termasuk membaik pulih dan menaik taraf struktur jejambat, jambatan dan jejantas sedia ada, serta merupakan kesinambungan daripada projek menaik taraf Fasa 1 yang telah siap pada 2016 dan Fasa 2A yang siap pada 2018.

"Kita harap (apabila projek naik taraf siap sepenuhnya) akan kurang kesesakan...kerana lebih banyak kenderaan yang boleh melaluinya," kata beliau kepada pemberita selepas meninjau perkembangan kerja naik taraf dan penyenggaraan jalan di lebuh raya itu, di sini, hari ini.

Kira-kira 95,000 kenderaan difahamkan menggunakan lebuh raya itu setiap hari.

"Untuk negeri Johor ini, Kerajaan Persekutuan mengagihkan RM107 juta untuk untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan untuk tahun ini dan daripada itu, RM5 juta lebih dibelanjakan untuk menaik taraf Lebuhraya Pasir Gudang," kata Ahli Parlimen Kapit itu.

Ketika ditanya sama ada kementerian akan melihat kepada peruntukan tambahan bagi Johor memandangkan negeri itu dilanda banjir sebanyak dua kali tahun ini, Nanta berkata pihaknya akan mendengar keperluan selebihnya daripada kerajaan negeri berhubung isu itu.

Pada 20 Mac lepas, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh dilaporkan sebagai berkata kerajaan negeri telah memohon peruntukan tambahan sebanyak RM168 juta menerusi Jabatan Kerja Raya bagi membaiki kerosakan jalan dan infrastruktur awam akibat banjir.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata pihaknya turut mengambil maklum dengan aduan rakyat mengenai kesesakan teruk yang…
Berita Domestik
  Katanya, projek naik taraf Lebuhraya Pasir Gudang itu antara empat projek jalan raya sudah…
Informasi
  "Ketika ini, kerja-kerja menambah baik lebuh raya sepanjang 33 kilometer itu akan dilakukan di…